Sabtu, 22 September 2018 | 12:36pm
KEKECOHAN berlaku pada pemilihan cabang PKR Sungai Petani apabila pengundi tidak berpuas hati kerana tidak dapat mengundi selepas berlaku masalah pada sistem mengundi. - Foto Nor Farhani Che Ad
KEKECOHAN berlaku pada pemilihan cabang PKR Sungai Petani apabila pengundi tidak berpuas hati kerana tidak dapat mengundi selepas berlaku masalah pada sistem mengundi. - Foto Nor Farhani Che Ad

Pemilihan PKR Sungai Petani ditangguhkan

SUNGAI PETANI: Pemilihan PKR Cabang Sungai Petani yang sepatutnya berlangsung hari ini, terpaksa dibatalkan dan ditunda kepada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Petugas pemilihan PKR, mengumumkan penangguhan itu kira-kira jam 10.45 pagi tadi, selepas sistem mengundi tidak dapat digunakan sehingga menyebabkan berlaku kekecohan di luar dewan mengundi di Dewan Beng Siew, Pekan Lama di sini.

CALON Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. - Foto Nor Farhani Che Ad
CALON Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Petani, Datuk Johari Abdul. - Foto Nor Farhani Che Ad

“Bagi mengelakkan ahli terpaksa tunggu lebih lama, kami menetapkan untuk menangguhkan pemilihan kali ini,” katanya.

Ketika ini, ahli PKR masih lagi belum beredar dari kawasan luar dewan dan menunjukkan tidak berpuas hati dengan sistem online yang pertama kali digunakan itu.

Sebelum itu, pengundi terpaksa menunggu dalam keadaan berasak sehingga jam 10.40 tadi walaupun masa mengundi sepatutnya berlangsung pada jam 9 pagi.

Usaha mendapatkan reaksi Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul yang turut berada di dewan sedang dilakukan.

Berita Harian X