Sabtu, 4 Ogos 2018 | 4:15pm
KEADAAN lengang di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Telok Menegun pada Pilihanraya Kecil N49 Dun Sungai Kandis. - Foto Osman Adnan
KEADAAN lengang di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Telok Menegun pada Pilihanraya Kecil N49 Dun Sungai Kandis. - Foto Osman Adnan

Cuma 40 peratus keluar mengundi sehingga jam 3 petang

SHAH ALAM: Hanya 40 peratus daripada jumlah keseluruhan 51,217 pemilih berdaftar keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Kandis, sehingga jam 3 petang ini.

Jurucakap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehubungan itu meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis segera keluar melaksanakan tanggungjawab sebelum pusat mengundi ditutup pada jam 5.30 petang ini.

Katanya, sebanyak 19 pusat mengundi dengan 109 saluran dibuka bermula jam 8 pagi tadi hingga 5.30 petang ini.

Keputusan PRK Sungai Kandis dijangka diumumkan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad di Dewan Besar Tanjung, Seksyen 19, di sini, pada malam ini.

PRK Sungai Kandis menyaksikan pertambahan seramai 417 pengundi baharu menjadikan jumlah keseluruhan 51,217 pengundi.

Seramai tiga calon bertanding pada PRK itu, iaitu calon BN, Datuk Lokman Noor Adam; calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan calon Bebas, K Murthy.

Berita Harian X