Sabtu, 4 Ogos 2018 | 1:14pm
TAN Sri Othman Mahmood (kanan) bersama pegawai SPR melawat Pusat mengundi di Sekolah Menengah Tinggi Agama Hishamuddin Kampung Jawa pada PRK DUN Sungai Kandis. - Foto Osman Adnan
TAN Sri Othman Mahmood (kanan) bersama pegawai SPR melawat Pusat mengundi di Sekolah Menengah Tinggi Agama Hishamuddin Kampung Jawa pada PRK DUN Sungai Kandis. - Foto Osman Adnan
TAN Sri Othman Mahmood (dua, kanan) melawat proses pengundian di Pusat mengundi Sekolah Menengah Tinggi Agama Hishamuddin Kampung Jawa pada PRK DUN Sungai Kandis. - Foto Osman Adnan
TAN Sri Othman Mahmood (dua, kanan) melawat proses pengundian di Pusat mengundi Sekolah Menengah Tinggi Agama Hishamuddin Kampung Jawa pada PRK DUN Sungai Kandis. - Foto Osman Adnan

Hanya 22 peratus keluar mengundi sehingga 11 pagi

SHAH ALAM: Hanya 22 peratus daripada jumlah keseluruhan 51,217 pemilih berdaftar keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis, sehingga jam 11 pagi ini.

Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Othman Mahmood, berkata jumlah itu sangat rendah serta jauh daripada sasaran peratusan keluar mengundi sebanyak 80 peratus.

"Apa pun SPR mengharapkan bilangan akan meningkat petang ini. Mungkin ramai yang bekerja atau ada urusan penting pagi ini. Jadi kebanyakan mereka akan mengundi petang ini.

"Sebanyak 19 pusat mengundi dengan 109 saluran dibuka bermula 8 pagi hingga 5.30 petang. Bagaimanapun kita berharap jangan tunggu sampai petang," katanya

Beliau ditemui pemberita selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Menengah Jalan Kebun, Seksyen 32 di sini, hari ini. Hadir sama Pegawai Pengurus Pilihan Raya yang juga Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Ahmad Zaharin Mohd Saad.

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis menyaksikan pertambahan seramai 417 pengundi baharu menjadikan jumlah keseluruhan 51,217 pengundi.

Seramai tiga calon bertanding pada PRK itu, iaitu calon BN, Datuk Lokman Noor Adam; calon Bebas, K Murthy; dan calon PKR, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Berita Harian X