Ahad, 1 April 2018 | 1:40pm
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Ketua Pemuda Barisan Nasional Bera, Mohd Zoolihsan Ahmad (tiga kanan) pada majlis pelancaran Briged Gempur Briged Pemuda BN di Dataran Kerayong. - Foto Farizul Hafiz Awang

Pemimpin, ahli perlu akur pendangan Presiden UMNO

BERA: Semua pimpinan dan ahli perlu akur dengan saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak untuk memberi tumpuan kepada kemenangan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), berbanding pemilihan parti hujung tahun ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, tumpuan utama perlu diberikan kepada agenda memenangi PRU14 dan survival Barisan Nasional (BN) berbanding memenangi jawatan dalam parti.

"Memang kalau kita nak menang (PRU14), kena bagi keutamaan kepada pilihan raya dan saya memang bersetuju dengan saranan Datuk Seri Najib Razak, pasal pemilihan dalam parti, kita lupakan dulu.

"Kita kena ingat bahawa PRU14 sangat penting dan tidak ada gunanya jika kita menang dalam pemilihan parti, tapi keputusan pilihan raya umum tidak memihak kepada BN.

"Saya percaya semua pemimpin dan ahli UMNO akur dengan saranan Datuk Seri Najib dan saya harap ia dapat dijadikan pegangan semua untuk memastikan tumpuan atau fokus utama kita tetap hanya pada kemenangan dalam PRU14," katanya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tengah) bersama Ketua Pemuda Barisanl Nasional Bera, Mohd Zoolihsan Ahmad (lima kiri) bergambar bersama ahli Barisan Nasional pada majlis pelancaran Briged Gempur Briged Pemuda BN di Dataran Kerayong. - Foto Farizul Hafiz Awang

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berkata demikian kepada media selepas Majlis Pelancaran Briged Gempur Briged Pemuda BN di Dataran Kerayong, dekat sini, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pemuda BN Bahagian Bera, Mohd Zoolihsan Ahmad. Seramai 1,400 pemuda BN menghadiri majlis pelancaran itu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Ismail Sabri berkata, semua ahli parti komponen dalam BN perlu mengutamakan kepentingan dan kemenangan parti berbanding kepentingan peribadi.

Katanya, tidak kira siapa calon dipilih bagi mewakili BN dalam PRU14 nanti, tugas utama semua pihak adalah memastikan kemenangan milik calon berkenaan.

"Kita di Bera mempunyai tiga kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dua daripadanya milik BN (Guai dan Kemayan) dan satu lagi dimenangi DAP (Triang), bagi PRU14 nanti, saya minta semua pihak (parti komponen) beri kerjasama untuk pastikan kekal milik BN dan kita rampas kerusi DUN Triang daripada pembangkang.

"Saya percaya mereka (pengundi Triang) sudah hilang keyakinan dengan Ahli Dewan Undangan Negeri mereka (Leong Yu Man)... inilah masanya kita rampas balik kerusi terbabit.

"Tidak kisah siapa yang akan jadi calon, kita mahu dia (calon) itu menang, ini kerana, apabila mereka dipilih (untuk bertanding), maknanya calon itu mewakili BN dan menjadi tugas kita memenangkan mereka," katanya.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (empat dari kiri) bersama Ketua Pemuda Barisan Nasional Bera, Mohd Zoolihsan Ahmad (kanan) meletakkan pelekat khas pada motosikal pada majlis pelancaran Briged Gempur Briged Pemuda BN di Dataran Kerayong. - Foto Farizul Hafiz Awang

Berita Harian X