Jumaat, 8 Disember 2017 | 12:51pm
BEKAS ahli DAP, Ng Chong Teng (kiri) sambil diperhatikan Beng Huat (dua dari kiri) bersama Presiden PAP, Zulkifli Mohd Noor (dua dari kanan) memotong kad keahlian DAP ketika mengadakan sidang media di Jalan Besar Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
BEKAS ahli DAP, Ng Chong Teng (kiri) sambil diperhatikan Beng Huat (dua dari kiri) bersama Presiden PAP, Zulkifli Mohd Noor (dua dari kanan) memotong kad keahlian DAP ketika mengadakan sidang media di Jalan Besar Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
BENG Huat (tiga dari kiri) menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAP, Zulkifli Mohd Noor (tiga dari kanan) sambil diperhatikan sebahagian ahli baru PAP pada sidang media di Jalan Besar Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar
BENG Huat (tiga dari kiri) menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PAP, Zulkifli Mohd Noor (tiga dari kanan) sambil diperhatikan sebahagian ahli baru PAP pada sidang media di Jalan Besar Jawi, Nibong Tebal, Pulau Pinang. - Foto Amir Irsyad Omar

Kit Siang mahu jadi PM punca bekas Adun keluar DAP

GEORGETOWN: Bekas Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Jawi, Tan Beng Huat, mengakui sikap Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng, sebagai punca beliau meninggalkan parti yang disertainya lebih 10 tahun lalu.

Beng Huat yang berkhidmat sebagai ADUN selama satu penggal mulai 2008 berkata, beliau melihat Kit Siang cuba membina 'dinasti keluarga' dalam parti itu sehingga timbul pelbagai isu dan masalah.

Katanya, memang terdapat 'cakap-cakap' di dalam DAP mengatakan Kit Siang mahu menjadi Perdana Menteri, walaupun Ahli Parlimen Gelang Patah itu menafikan berniat demikian.

"Kami (ahli parti) sudah beberapa kali mendengar Kit Siang meletakkan harapan mahu mengetuai negara dari dahulu lagi.

"Sekarang saya bimbang memikirkan apa yang akan terjadi jika dia berjaya mencapai cita-citanya itu.

"Dia (Kit Siang) bukan sahaja tidak bertolak-ansur, dia juga diktator. Cuba lihat apa yang dia dan anaknya lalukan terhadap mereka yang menentang," katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Beng Huat berkata, tujuan Kit Siang membina 'dinasti keluarga' adalah bagi memastikan keluarganya kekal berkuasa selama mungkin, menyamai apa yang dilakukan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

"Mereka berdua (Dr Mahathir dan Kit Siang) adalah sama, hanya berminat membina 'dinasti keluarga' bagi memenuhi tujuan politik," katanya.

Terdahulu, pada sidang media di Jawi, hari ini, Beng Huat bersama 100 ahli dan penyokong DAP Nibong Tebal mengumumkan keluar parti selepas berasakan DAP bukan lagi 'bumbung yang selamat' bagi mereka berteduh berikutan wujudnya elemen 'dinasti keluarga'.

Beng Huat berasakan prinsip serta ideologi sosialis demokrat yang diamalkan parti itu sudah berubah selepas DAP menerajui Kerajaan Negeri Pulau Pinang, sehingga ideologi yang diperjuangkan tidak lagi menjadi keutamaan, selain jasa ahli veteran dilupakan.

"DAP kini lebih menjerumus kepada satu parti yang dikuasai 'dinasti keluarga' dengan sikap ego, bongkak serta sombong mula meresap ke dalam pentadibiran DAP.

"Sampai hari ini, tahap keegoan dan sombong mereka semakin kronik bila rakan kongsi mereka daripada PKR, yang menyumbang 10 kerusi DUN turut diperlekehkan dalam beberapa isu membabitkan soal pentadbiran kerajaan negeri," katanya.

Yang turut hadir, Presiden Parti Alternatif Rakyat (PAP), Zulkifli Mohd Nor, yang mengumumkan pelantikan Beng Huat sebagai Ketua Perhubungan PAP Pulau Pinang, sebelum Beng Huat dan ahli DAP yang lain bertindak memotong kad keahlian DAP masing-masing.

Mengulas lanjut, Beng Huat berkata, hakikatnya sokongan ahli dan masyarakat Cina, khususnya di Pulau Pinang terhadap DAP sudah merosot apabila kepemimpinan tertinggi DAP sanggup bersekongkol dengan Dr Mahathir demi mereliasasikan impian masing-masing.

"Secara ikhlas, saya juga menjadi mangsa percaturan politik 'dinasti keluarga' itu apabila pada saat akhir digugurkan sebagai calon pada PRU-13, tanpa alasan munasabah ketika pengundi masih memerlukan khidmat saya.

"Sudah tiba masanya pengundi Cina menilai kembali masa depan dan hala tuju daripada berterusan memberi sokongan membuta-tuli terhadap parti yang terlalu banyak bersandiwara dan membawa kepada unsur korupsi tegar sehingga Ketua Menteri Pulau Pinang didakwa atas tuduhan rasuah," katanya.

Berita Harian X