Sabtu, 29 Julai 2017 | 2:50pm
PENGERUSi Perhubungan Barisan Nasional Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut kali ke-30 di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong, Jertih. - Foto BERNAMA
PENGERUSi Perhubungan Barisan Nasional Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut kali ke-30 di Dewan Majlis Daerah Besut, Gong Kemuntong, Jertih. - Foto BERNAMA

UMNO Terengganu kecewa sikap Tun Mahathir

JERTIH: UMNO Terengganu melahirkan kekecewaan terhadap bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohammad yang kini menjadi penentang utama kepada parti keramat itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tindakan Mahathir yang juga kini menjadi pembangkang, jelas sebagai pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Katanya, sebelum ini ketika Mahathir menjadi Perdana Menteri, UMNO berpecah dua kali dengan tertubuhnya Semangat 46 dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Kini, Mahathir keluar UMNO dan menubuhkan parti sendiri kerana gagal menjatuhkan Perdana Menteri," katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Besut di sini, hari ini.

Turut hadir Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Idris Jusoh yang juga Menteri Pendidikan Tinggi.

Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu berkata, Dr Mahathir banyak melukakan hati dan perasaan orang Melayu apabila sanggup bersekongkol dengan DAP.

"Beliau sebagai seorang negarawan tidak sewajarnya melakukan perbuatan yang boleh melukakan bangsa Melayu," katanya.

Ahmad Razif berkata, beliau tidak bimbang dengan pengaruh PBBM di Terengganu kerana ia tidak mendapat sambutan rakyat negeri ini.

Berita Harian X