Sabtu, 8 Julai 2017 | 9:39am

Dr Mahathir terdesak, harap bantuan Anwar

FILE PHOTO: Former Malaysian prime minister Mahathir Mohamad smiles during an interview with Reuters in Putrajaya, Malaysia March 30, 2017. REUTERS/Lai Seng Sin/File Photo[FOTO Lai Seng Sin /BH]
FILE PHOTO: Former Malaysian prime minister Mahathir Mohamad smiles during an interview with Reuters in Putrajaya, Malaysia March 30, 2017. REUTERS/Lai Seng Sin/File Photo[FOTO Lai Seng Sin /BH]

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamed berada dalam keadaan terdesak apabila menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.

Setiausaha Agung Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub, berkata sokongan Dr Mahathir itu adalah satu usaha untuk meminta bantuan Anwar selepas penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat kerugian AS$10 bilion Bank Negara Malaysia (BNM).

"Dr Mahathir terpaksa memujuk hatinya dengan pertaruhan Anwar akan dapat membantunya dalam kes penyiasatan IRC mengenai skandal forex yang memungkinkan mengheret beliau dalam kes jenayah.

"Dr Mahathir tahu Anwar banyak tahu mengenai skandal itu. Dia tahu Anwar akan membongkar semua rahsia pembabitannya jika Anwar dipanggil sebagai saksi dalam siasatan itu," katanya melalui satu kenyataan.

Mustapha berkata, Dr Mahathir turut berharap Anwar akan memaafkannya atas semua kesalahannya, termasuk memecat Anwar dari UMNO, Timbalan Perdana Menteri selain memenjarakan Anwar.

"Soalnya, adakah Anwar dan keluarganya akan memaafkan Mahathir setelah sekian lama mereka menderita akibat perbuatan Mahathir?

"Veteran yakin tidak semudah itu Anwar boleh melupakan dan memaafkannya," katanya.

Beliau berkata, bekas Perdana Menteri itu seperti seorang yang sedang lemas di air sungai yang deras dan terpaksa bergayut walau kepada sehelai rumput kering.

"Kebenciannya dan dendamnya kepada Datuk Seri Najib bercampur dengan ketakutannya terhadap tindakan Anwar menyebabkan dia membuat pusingan U untuk menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri," katanya.

Berita Harian X