Isnin, 27 Februari 2017 | 3:46pm

Dr Mahathir nasihat saya jauhi Kit Siang - Dr Rais

TAN Sri Dr Rais Yatim. - Foto fail NSTP
TAN Sri Dr Rais Yatim. - Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Tan Sri Dr Rais Yatim berkata Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menasihatkan beliau supaya menjauhi Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang apatah lagi bekerjasama dengan pemimpin DAP itu.

Rais yang pernah menjadi Timbalan Presiden Parti Semangat 46 (S46), berkata Dr Mahathir meminta beliau tidak bekerjasama dengan Kit Siang pada 1993.

Bagaimanapun katanya, kini bekas Perdana Menteri itu yang bekerjasama dengan Kit Siang untuk menjatuhkan Barisan Nasional (BN).

"Pada 1993, S46 dan DAP adalah sekutu dalam Angkatan Perpaduan Ummah. Tun Mahathir jumpa saya dan minta jangan bersekongkol dengan DAP kerana Kit Siang anti-Melayu dan Islam.

"Kini beliau pula bersekongkol dengan Kit Siang dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng. Saya mahu tanya, adakah Tun Mahathir lupa nasihat dia kepada saya, " katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang Media Penganjuran Kongres Budaya 2017, di Bilik Mesyuarat Pejabat Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia, di Plaza Sentral, hari ini.

Berita Harian X