X
Sabtu, 10 September 2016 | 2:38pm

Ahmad Said akui ditawar kedudukan dalam PPBM

BEKAS Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.
BEKAS Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said.

CHUKAI: Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, mengakui bekas Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, ada menawarkan kedudukan dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Bagaimanapun, Ahmad menegaskan kesetiaannya tetap bersama UMNO walaupun kerap kali dihina dan dikutuk pemimpin atasan.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kemaman, tidak menafikan kesetiaan itu boleh luntur jika beliau terus dikutuk dan dihina.

"Sehingga hari ini saya setia bersama parti, namun jika mereka terus-menerus mengutuk dan menghina saya, kesetiaan itu mungkin luntur.

"Bukan mahu mengugut tapi saya tidak nafikan ditawar jawatan dalam parti pembangkang termasuk menjadi Ahli Majlis Tertinggi PPBM," katanya ketika merasmikan Mesyuarat UMNO Bahagian Kemaman di sini, hari ini.

Beliau turut mendakwa menerima tawaran daripada PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara namun tidak memberikan jawapan.

Berita Harian X