X
Ahad, 2 Ogos 2015 | 5:41pm

Buang budaya politik sate, ada tukang kipas dan cucuk - Zahid

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Asyraf Hamzah
TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - Foto Asyraf Hamzah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi minta semua ahli UMNO mengetepikan budaya politik 'sate' yang boleh memecahbelahkan perpaduan parti.

Timbalan Perdana Menteri berkata, politik sate boleh menyebabkan perpecahan dalam parti kerana ada tukang potong dan kipas untuk melaga-lagakan pemimpin tertentu dalam parti.

"Ketepikan 'politik sate' kerana apabila wujud tukang kipas dan cucuk ia boleh merosakkan parti.

"Sebaliknya, keserasian perlu wujud dalam semua peringkat parti walau apa juga keadaan," katanya berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Kepong, di sini, sebentar tadi.

Berita Harian X