Sabtu, 6 April 2024 | 5:35pm
Seramai 17 sukarelawan mahasiswa daripada pelbagai bidang dan fakulti di UiTM menyertai Program ASEAN's Sustainable Communiti Development (ASCD) 2024 To Yogjakarta, Indonesia, baru-baru ini. NSTP/Ihsan Kelab Penyayang UiTM
Seramai 17 sukarelawan mahasiswa daripada pelbagai bidang dan fakulti di UiTM menyertai Program ASEAN's Sustainable Communiti Development (ASCD) 2024 To Yogjakarta, Indonesia, baru-baru ini. NSTP/Ihsan Kelab Penyayang UiTM
Pada siri ASCD kali ini, Panti Asuhan dan Pondok Pesantren Bima Bhakhti Al-Mujib (Putra dan Putri), Yogyakarta dipilih sebagai lokasi lapangan dengan Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) dan Pertubuhan Kebajikan Dana Kita (DANA KITA) menjadi rakan kolaboratif. NSTP/ NSTP/Ihsan Kelab Penyayang UiTM
Pada siri ASCD kali ini, Panti Asuhan dan Pondok Pesantren Bima Bhakhti Al-Mujib (Putra dan Putri), Yogyakarta dipilih sebagai lokasi lapangan dengan Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) dan Pertubuhan Kebajikan Dana Kita (DANA KITA) menjadi rakan kolaboratif. NSTP/ NSTP/Ihsan Kelab Penyayang UiTM

17 mahasiswa UiTM raih pelbagai pengalaman menerusi ASEAN's Sustainable Community Development 2024

SHAH ALAM: Seramai 17 sukarelawan mahasiswa daripada pelbagai bidang dan fakulti di Universiti Teknologi MARA (UiTM) menyertai Program ASEAN's Sustainable Community Development (ASCD) 2024 To Yogjakarta, Indonesia, baru-baru ini.

Program anjuran Kelab Penyayang, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UiTM Shah Alam itu adalah kesinambungan daripada Program ASCD Siri 2022 di Kemboja dan Vietnam.

Timbalan Pendaftar, Pusat Kegiatan Pelajar UiTM, Noor Afzan Zakaria, berkata program kesukarelawanan seperti itu bertujuan mewujudkan kerjasama dengan masyarakat, terutama dalam bidang keusahawanan sosial bagi meningkatkan sosioekonomi setempat.

Katanya, UiTM sudah lama mempraktikkan kaedah itu dengan mewujudkan persatuan dan kelab sukarelawan seperti Briged Sukarelawan UiTM dan Rakan Alam Sekitar (RAS) serta Kelab Penyayang UiTM Shah Alam.

Pada siri ASCD kali ini, Panti Asuhan dan Pondok Pesantren Bima Bhakhti Al-Mujib (Putra dan Putri), Yogyakarta dipilih sebagai lokasi lapangan dengan Persatuan Wanita UiTM (PEWANI) dan Pertubuhan Kebajikan Dana Kita (DANA KITA) menjadi rakan kolaboratif dengan memberi sumbangan wang dan beg sekolah kepada warga panti asuhan dan pondok pesantren terbabit.

Pengarah Program, Muhammad Aziman Syaqiran, berkata sebelum program itu dilaksanakan pada 5 hingga 9 Mac lalu, peserta yang juga ahli jawatankuasa Kelab Penyayang sudah melaksanakan program larian amal iaitu Penyayang Health Festival Run 2023 dan Penyayang Batik Fun Run 2023.

"Hasil daripada program itu membolehkan mereka untuk terbang dan membantu Pasantren dan Pati Asuhan Bima Bakhti.

"Selain itu, peserta juga mengunjungi dua universiti terkenal di Yogyakarta iaitu Universitas Gadjah Mada (UGM) dan Universitas Negeri Yogyakarta (UNY) yang mana dalam kunjungan akademik berkenaan, peserta dihimpunkan dalam satu seminar kepemimpinan bersama wakil Pejabat Direktorat Kemahasiswaan dan perwakilan pelajar dari kedua-dua universiti.

"Seminar bertemakan kepemimpinan pelajar dan aktiviti kesukarelawanan atau dalam Bahasa Indonesia dikenali sebagai aktivitas pengabdian kepada masyarakat dengan pelbagai input dan pandangan berjaya dicapai kedua-dua pihak dalam mempertingkatkan pengembangan ilmu mengenai aktiviti kesukarelawanan dalam kalangan mahasiswa," katanya.

Dalam pada itu, peserta juga berpeluang melawat kolej kediaman di UGM dan UNY, sekitar kampus UNY serta Muzium Pendidikan Indonesia UNY dan Fakultas Bahasa, Seni dan Budaya (FBSB) UNY untuk menjalankan Bengkel Pertukaran Budaya melalui Seni Kraf Batik dan Keramik (Seramik) Indonesia dan Malaysia.

Dekan FBSB, Prof Nur Hidayanto, berkata menerusi aktiviti silang budaya nusantara, peserta dapat mengenali dan menghasilkan sendiri seni kraf Batik dan Seramik serumpun.

Pensyarah Kanan, Fakulti Pendidikan UiTM, Sumardianshah Silah pula berkata, walaupun padat dengan aktiviti kesukarelawanan dan lawatan akademik, peserta ASCD2024 juga diisi dengan aktiviti lawatan sejarah, seni dan budaya ke Candi Borobudur dan Candi Prambanan serta menyaksikan persembahan teater oleh Kumpulan Ramayana Ballet (Sendratari).

Selain itu, katanya, peserta juga berkesempatan ke Gunung Merapi, Gua Pindul dan Pantai Timang.

Berita Harian X