Sabtu, 24 Februari 2024 | 9:07am
U-Science, Universiti Malaysia Sabah dan MAKERSPACE.UTHM berkolaborasi menganjurkan MAKERS@Hometown bersempena program Syoknya! Cuti Sekolah 2024. - Foto U-Science UMS
U-Science, Universiti Malaysia Sabah dan MAKERSPACE.UTHM berkolaborasi menganjurkan MAKERS@Hometown bersempena program Syoknya! Cuti Sekolah 2024. - Foto U-Science UMS

Program MAKERS@Hometown tingkatkan minat pelajar dengan bidang STEM

KOTA KINABALU: U-Science, Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan MAKERSPACE.UTHM berkolaborasi menganjurkan MAKERS@Hometown bersempena program Syoknya! Cuti Sekolah 2024.

Program bermula sejak 16 Februari lalu hingga semalam di U-Science, UMS, di sini adalah program kerjasama pertama dengan MAKERSPACE.UTHM dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan mendapatkan sambutan menggalakkan daripada pelajar sekolah.

Program MAKERS@Hometown diadakan bertujuan bagi meningkatkan minat golongan muda dengan bidang Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (STEM) dan merekacipta dan berinovasi.

U-Science UMS dalam kenyataan berkata, program MAKERS@Hometown adalah program pertama inisiatif Ruang Daya Cipta (RDC) serta menggunakan kemudahan dan peralatan yang disumbangkan oleh Yayasan Inovasi Malaysia (YIM).

Katanya, bagi program ini, peserta terdiri daripada pelajar yang berumur seawal 9 tahun sehingga 15 tahun.

"(Mereka) didedahkan dengan kemahiran seperti percetakan 3D (3D Printing), asas teknologi Internet Pelbagai Benda (IoT) Arduino, pengaturcaraan blok menggunakan Scratch, bengkel robotik dan projek bercirikan DIY," katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat U-Science UMS, Zawawi Tiyunin berkata, program MAKERS@Hometown adalah platform terbaik untuk meningkatkan minat golongan muda dalam bidang STEM serta menyemarakkan semangat untuk merekacipta dan berinovasi.

"Kami gembira di atas kerjasama dengan UTHM dalam membawa program ini kepada masyarakat.

"Di samping program MAKERS@Hometown, U-Science UMS juga menganjurkan program Syoknya! Cuti Sekolah@STEMLab Makerspace yang mana kumpulan sasar perserta terdiri daripada umur 7 hingga 12 tahun.

"Antara aktiviti yang dilaksanakan adalah pertunjukan sains, eksperimen menarik, 'virtusl reality' dan sebagainya," katanya.

Katanya lagi, program Syoknya! Cuti Sekolah itu adalah kali kedua dianjurkan U-Science.

Berita Harian X