Ahad, 19 March 2023 | 12:43pm
KUANTAN 19 MAC 2023. Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin (kanan) dan Ketua Pengarah Colombo Plan Staff College for Technician Education (CPSC)nya, Prof G.L.D. Wickramasinghe menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Manila, Filipina. FOTO / UMP
KUANTAN 19 MAC 2023. Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang (UMP), Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin (kanan) dan Ketua Pengarah Colombo Plan Staff College for Technician Education (CPSC)nya, Prof G.L.D. Wickramasinghe menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di Manila, Filipina. FOTO / UMP

UMP, CPSC meterai MoU tingkat kebolehpasaran lulusan TVET

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) menjalin kerjasama dengan pihak Colombo Plan Staff College for Technician Education (CPSC) di Manila, Filipina, baru-baru ini.

Naib Canselor UMP, Prof Datuk Dr Yuserrie Zainuddin, berkata CPSC adalah badan penyelaras pelaksanaan Pendidikan Teknikal dan Vokasional (TVET) di rantau Asia Pasifik.

Katanya, kolaborasi itu memberi ruang dalam meningkatkan Kebolehpasaran Graduan (GE) lulusan TVET UMP melalui beberapa strategi nilai tambah ke arah mendapatkan pengiktirafan sebagai institusi pendidikan tinggi TVET peringkat global.

"Pertemuan ini juga menyaksikan pelaksanaan TVET melalui perspektif yang berbeza daripada beberapa institusi TVET.

"Melalui kunjungan ini, UMP berpeluang mengadakan perbincangan yang antara lain termasuklah laluan bagi mobiliti pelajar, sangkutan staf, latihan industri dan latihan staf," katanya.

Pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) itu, UMP diwakili oleh Dr Yuserrie Zainuddin dan Penolong Naib Canselor Bahagian Pembangunan TVET, Prof Dr Abdullah Ibrahim.

CPSC diwakili oleh Ketua Pengarahnya, Prof G.L.D. Wickramasinghe, Pakar Fakulti Kanan, Dr Mian Khuram Ahsan dan Penasihat Fakulti, Dr Kesavan Ulaganathen.

Yang turut hadir, Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Prof Dr Che Ku Mohammad Faizal Che Ku Yahya; Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal dan Automotif (FTKMA), Prof Dr Mahadzir Ishak dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FTKEE), Prof Madya Dr Hamdan Daniyal.

Selain itu, beliau berkata, lawatan itu turut bakal merealisasikan usaha UMP dalam memperkasa pelaksanaan program TVET.

"Di samping itu, ia dapat meningkatkan kecekapan dan keupayaan tenaga pengajar untuk melahirkan graduan yang berkualiti tinggi serta memenuhi keperluan industri pada masa hadapan," katanya.

Berita Harian X