Selasa, 8 Februari 2022 | 12:05pm
Dominic VC mencatatkan masa terpantas 1.362 saat untuk trek sepanjang 20 meter melayakkan KVS Cyclone muncul juara.
Dominic VC mencatatkan masa terpantas 1.362 saat untuk trek sepanjang 20 meter melayakkan KVS Cyclone muncul juara.

KVS Cyclone cipta sejarah sekolah

SEPANG: Kerjasama dan kreativiti empat pelajar jurusan Teknologi Automotif dari Kolej Vokasional, Sepang membolehkan mereka muncul sebagai juara kategori pembangunan, F1 Virtual National Finals 2021 yang berlangsung di Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kemaman, Terengganu baru-baru ini.

Kumpulan pelajar itu yang menggelarkan diri mereka, KVS Cyclone dianggotai oleh Muhammad Aidil Imran Rafik Anuar, Muhammad Akmal Md Johar; Muhammad Danial Md Fouzi dan Idlan Ariffin Fareed.

Mereka dibimbing oleh guru penasihat, Nurul Ainina Kamid dan Mohd Jayamin M Ikhsan.

PasukanKVS Cyclone bersama guru pembimbing Nurul Ainina Kamid.
PasukanKVS Cyclone bersama guru pembimbing Nurul Ainina Kamid.

F1 Virtual National Finals 2021 adalah pertandingan rekaan dan penghasilan kereta mini berdasarkan model kereta Formula Satu. Ia juga antara kaedah mengaplikasikan pembelajaran dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Muhammad Aidil Imran berkata, rekaan kereta mereka yang dinamakan Dominic V2 menggunakan kuasa kartrij CO2 (logam kecil memegang karbon dioksida) mencatatkan masa terpantas 1.362 saat untuk trek sepanjang 20 meter.

Katanya, catatan masa itu membuatkan KVS Cyclone menduduki kedudukan keempat untuk perlumbaan kategori pembangunan.

"Sepanjang proses membangunkan kereta ini kami banyak belajar mengenai erti kerjasama yang mana aspek penting dan perlu ada dalam setiap pasukan.

"Selain itu, pengurusan masa dan disiplin tinggi juga membantu kami menyiapkan setiap tugasan yang dipertanggungjawabkan mengikut masa yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Nurul Ainina berkata, persediaan projek dijalankan sejurus sahaja pihak penganjur mengumumkan pasukan yang layak untuk bertanding dalam Pertandingan 'F1 in Schools' peringkat kebangsaan pada 14 September tahun lalu.

"Pertandingan ini bukan sahaja mendedahkan peserta dengan STEM tetapi elemen pengurusan projek, strategi pemasaran dan keyakinan dapat ditingkatkan melalui penyertaan ini.

"Melalui program ini juga, peserta dapat dilatih untuk berfikir secara kritis dan kreatif dalam menyelesaikan masalah," katanya.

Kereta Dominic V2 menggunakan kuasa kartrij CO2.
Kereta Dominic V2 menggunakan kuasa kartrij CO2.

Melalui program itu, pihak KVS memeterai kerjasama strategik bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Kerjasama itu dikhususkan kepada pertandingan F1 in Schools dan sistem realiti terimbuh (Augmented Reality) untuk pembelajaran dan pengajaran kereta elektrik dan hibrid.

Nurul Ainina berkata lagi, kemenangan KVS Cyclone juga adalah usaha daripada pelbagai pihak termasuk Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah berkenaan.

"Selain itu, rakan guru daripada Program Teknologi Automotif yang menyumbang idea dan tenaga dalam menjayakan program ini.

"Tidak dilupakan perkongsian pengalaman dan tunjuk ajar dari UTM, Rock Racing, Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute (UniKL MFI)

dan German-Malaysian Institute," katanya.

Murid perlu diberi kesedaran jaga kebersihan

bhpendidikan@bh.com.my

Kerusi turut diletakkan bagi membolehkan murid membaca buku sama ada ketika menunggu giliran sebelum masuk tandas atau tempat santai membaca. - Foto Abnor Hamizam Abd Manap
Kerusi turut diletakkan bagi membolehkan murid membaca buku sama ada ketika menunggu giliran sebelum masuk tandas atau tempat santai membaca. - Foto Abnor Hamizam Abd Manap

JELEBU: Umumnya kebersihan tandas awammalahsekolahdiMalaysia berada ditahap tidak memuaskan.

Justeru bagi kumpulan guru Sekolah Kebangsaan Durian Tipus di sini, kesedaran mengenai kebersihan tandas perlu dididik dalam diri murid sekolah berkenaan.

Guru Besar, Masrawati Md Ali, berkata warga sekolah berkenaan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) berusaha mengubah persepsi murid selain menanam sikap perlunya menjaga kebersihan termasuk tandas.

"Kita ingatkan murid, tandas sekolah umpama juga tandas awam yang juga perlu dijaga sebagaimana kitamemelihara kebersihan tandas di rumah.

"Jadi kami mulakan dengan kerjasama PIBG dibantu Pejabat Pendidikan Daerah Jempol dan Jelebu(PPDJJ ), untuk mencantikkan lima tandas di sekolah ini.

"Turut membantu kami adalah komuniti setempat apabila secara bersama-sama mengecat semula tandas, membaik pulih dan kemudian menghiaskannya," katanya.

Masrawati berkata projek mencantikkan tandas bermula pada 6 April tahun lalu selepas ia dicadangkan dalam mesyuarat agung PIBG sekolah.

"Kita menetapkan Petunjuk Prestasi Utama ( KPI ) Hal Ehwal Murid bagi sesi 2021-2023 dalam pembudayaan pembentukan disiplin diri dan ketika ini KPI penilaian kendiri sudah meningkat kepada 93 peratus.

"Murid juga dididik dalam disiplin penggunaan tandas dan seterusnya diharap dapat dijadikan budaya hidup yang diamalkan sepanjang masa," katanya.

Mengubahpersepsimuridmenanam sikap menjaga kebersihan termasuk tandas.
Mengubahpersepsimuridmenanam sikap menjaga kebersihan termasuk tandas.

Masrawati berkata bagi memastikan tandas sentiasa dalam keadaan baik, skuad tandas ditubuhkan bagi membantu pemantauan penggunaan dan penjagaan kebersihan tandas.

Katanya peti aduan turut diletakkan bagi membolehkan maklum balas diterima untuk tindakan segera.

"Selain keceriaan, elemen kebersihan seperti membuka kasut dan memakai selipar ketika masuk ke tandas dan amalan sunah seperti membaca doa, menutup kepala dan masuk dengan kaki kiri turut dipraktik murid.

"Selain penggunaan selipar dan penutup kepala, kita turutmenampal doa masuk tandas di pintu masuk," katanya.

Berita Harian X