Selasa, 17 September 2019 | 11:48am

Lulusan IPMA jadi rebutan

Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM), MARA-Japan Industrial Institute (MJII) dan Institut Kemahiran MARA (IKM) adalah institusi Pendidikan dan latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang berjaya melahirkan modal insan kompetensi, berasaskan permintaan industri serta tekno usahawan.

Bermula dengan penubuhan Institut Kemahiran MARA (IKM) di Jasin, Melaka yang dikenali sebagai Sekolah Latihan Kemahiran MARA (SLKM) pada tahun 1968, kini ada 14 kampus di seluruh negara dan 11 kampus KKTM serta satu kampus MJII yang berfokus kepada teknologi tinggi.

Program yang ditawarkan di KKTM, MJII dan IKM sentiasa dikemaskini berlandaskan industri driven dan industry demand dan ini menjadikan pelajar lepasan KKTM, MJII dan IKM sentiasa ‘laris’ di pasaran.

Sehingga kini 152 program dilaksanakan membabitkan, 82 diploma dan 70 sijil sudah ditawarkan yang merangkumi Diploma, Diploma Teknousahawan, Diploma Industri, Diploma Kompetensi, Sijil Kejuruteraan, Sijil Teknologi Kejuruteraan dan Sijil Teknologi.

Selain pelaksanaan naik taraf program sijil ke program diploma, persijilan yang baharu seperti Diploma Industri dan Diploma Kompetensi turut ditawarkan bagi menyokong Industry Based Eduction & Training (IBET) dan inisiatif Ensuring Employabily Program (EEP) bagi memastikan kualiti pendekatan serta pembelajaran yang memenuhi industri.

Kadar kebolehpasaran lepasan KKTM, MJII dan IKM adalah 87.2 peratus. Ini menunjukkan, graduan Institusi pendidikan MARA (IPMA) berdaya saing, memenuhi keperluan tenaga kerja dan mendapat pengiktirafan daripada institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara.

Bagi menjamin kebolehpasaran pelajar yang tinggi, kerjasama industri sentiasa menjadi keutamaan. Pelaksanaan program Diploma Industri Pembuatan Komposit Aeroangkasa (IAC) di KKTM Masjid Tanah adalah usahasama antara syarikat CTRM Sdn Bhd.

Program yang berlandaskan Industry Driven ini memiliki tiga elemen kompetensi, iaitu teknikal, sosial dan kemanusiaan serta metadologi dan pembelajaran. Ia adalah program Sistem Latihan Dual Nasional yang dipersijilkan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) pada Tahap 4.

Selain industri KKTM Masjid Tanah juga menjalankan kerjasama bersama institusi pendidikan tempatan seperti Universiti Putra Malaysia (UPM) , Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Politeknik dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Ia bagi menjalankan pembangunan projek Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Bersama AMIC dan CTRM dalam pembangunan komponen aeroangkasa seperti Development of Resin Transfer Moulding (RTM) injection Machine dan Development Aircraft Component: A320 Spoiler Wedges-Pultrusion Process.

Dalam memastikan kebolehpasaran graduan secara berterusan, KKTM Kuantan melaksanakan EEP melalui Diploma Industri dalam bidang Manufacturing Engineering (Industrial Automation and Robotic) dengan kerjasama UMW Training Centre (UTC). Program ini menggunapakai kurikulum dan teknologi daripada UMW yang berasaskan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Program Additive Manufacturing Research and Innovation Centre (AMRIC) di KKTM Kuantan adalah kejayaan besar institusi TVET MARA.

AMRIC adalah One Stop Centre untuk R&D dan Small Series Production yang membantu usahawan menghasilkan produk berskala kecil.

Terdapat lebih daripada 10 jenis Industrial 3D Printer yang ditawarkan kepada pelajar KKTM Kuantan dan perkhidmatan serta konsultansi kepada industri luar dalam bidang teknologi tinggi seperti Bioperubatan dan Aeroangkasa.

Maklumat lanjut layari [email protected]

www@tvetmara.edu.my
[email protected]

Berita Harian X