Selasa, 13 November 2018 | 10:16am

36,106 calon mula duduki SPM di Sarawak

KUCHING: Seramai 36,106 pelajar menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Sarawak bermula hari ini hingga 13 Disember.

Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak Abang Mat Ali Abang Masagus berkata, seramai 33,645 calon adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK).

Menurutnya, seramai 1,063 calon pula adalah pelajar sekolah menengah swasta manakala individu yang menduduki peperiksaan sebagai calon persendirian seramai 1,398.

"Bagi tahun ini semua calon akan menduduki peperiksaan di 275 pusat peperiksaan masing-masing 212 pusat di SMK, 13 pusat sekolah menengah swasta dan 50 pusat persendirian di seluruh negeri," katanya dalam kenyataan, hari ini.

CALON peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bersedia untuk menjawab kertas soalan di bilik peperiksaan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching. - NSTP/Jannah Kho
CALON peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia bersedia untuk menjawab kertas soalan di bilik peperiksaan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching. - NSTP/Jannah Kho

Katanya, untuk memastikan kelancaran peperiksaan, Jabatan Pendidikan Negeri melantik 277 penyelia kawasan dengan dibantu 2,140 pengawas.

Beliau berkata, calon diingatkan untuk membawa kad pengenalan atau kad perakuan serta slip kemasukan calon sepanjang menduduki peperiksaan.

"Sebarang pertanyaan, calon boleh menghubungi Sektor Penilaian dan Peperiksaan di talian 082-473507 atau 08-2473532," katanya.

Unit Penilaian dan Peperiksaan setiap Bahagian di negeri ini boleh dihubungi menerusi talian 082-240851 atau 082-242254 bagi Bahagian Kuching, Samarahan (082-628177), Sri Aman (083- 322581), Betong (083- 472595), Sarikei (084- 651761), Sibu (084-332443), Mukah (084-872261 atau 084872252), Kapit (084796362), Bintulu (086-330541), Miri ( 085-416489) dan Limbang (085-211150).

Berita Harian X