Selasa, 18 Jun 2024 | 6:46pm
Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis jamuan tengah hari di istana baginda di Mina. - FB ISMAIL SABRI YAAKOB
Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman dan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada majlis jamuan tengah hari di istana baginda di Mina. - FB ISMAIL SABRI YAAKOB

Ismail Sabri, Johari sertai majlis jamuan tengah hari jemputan Putera Mahkota Arab Saudi

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul antara tetamu jemputan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman pada majlis jamuan tengah hari di istana baginda di Mina.

Ahli Parlimen Bera itu dalam hantaran di Facebooknya hari ini, menyifatkan jemputan berkenaan sebagai lambang hubungan persaudaraan erat di antara Malaysia dan Arab Saudi.

"Semalam saya mendapat jemputan makan tengah hari bersama Putera Mahkota merangkap Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman di istana baginda di Mina.

"Jemputan terdiri daripada pemimpin-pemimpin pelbagai negara yang menunaikan ibadah haji. Dari Malaysia, saya dan Speaker Dewan Rakyat dijemput hadir. Terima kasih kepada Putera Mahkota Mohammed Bin Salman di atas jemputan ini," kongsi Ismail Sabri.

Berita Harian X