Sabtu, 1 Jun 2024 | 2:52pm
Pengerusi KASIH Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) bergambar bersama buku pada Majlis Pelancaran Buku Kanak-Kanak Bertemakan MADANI di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini. Foto BERNAMA
Pengerusi KASIH Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (tengah) bergambar bersama buku pada Majlis Pelancaran Buku Kanak-Kanak Bertemakan MADANI di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini. Foto BERNAMA

Dr Wan Azizah lancar siri buku kanak-kanak tema Malaysia MADANI

KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, hari ini melancarkan enam judul buku kanak-kanak yang menerapkan nilai-nilai Malaysia MADANI sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2024, di sini.

Siri buku terbabit adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Amal Silaturahim Isteri-Isteri Harapan Malaysia (KASIH Malaysia).

Dr Wan Azizah yang juga Pengerusi KASIH Malaysia, berkata siri berkenaan adalah satu pendekatan pendidikan holistik bagi menyemai nilai-nilai positif dalam generasi muda menerusi bahasa yang mudah difahami.

"Kita mahu didik anak-anak kita supaya mereka menjadi lebih kreatif, berdaya cipta dan berani membuat perubahan.

"Kita juga mahu menerapkan sifat ihsan yang tinggi, bermaruah, amanah dan bertanggungjawab serta mengutamakan keseimbangan duniawi dan ukhrawi. Nilai-nilai ini mencerminkan kita orang Malaysia adalah masyarakat beradab yang mengamalkan nilai-nilai ketimuran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran siri 'Buku Kanak-Kanak Bertemakan MADANI Bersama-Sama KASIH Malaysia', di sini hari ini. – BERNAMA

Berita Harian X