Sabtu, 1 Jun 2024 | 12:24pm

TERKINI: Kronologi kehilangan dan pembunuhan Zayn Rayyan

Kronologi kehilangan dan pembunuhan anak austisme, Zayn Rayyan Abdul Mattin.

5 Disember 2023

- Ibu Zayn Rayyan berkongsi kisah kehilangan anaknya di Facebook

6 Disember 2023

# Operasi pencarian babitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan anjing pengesan K9 di sekitar kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai.

# Ibu Zayn Rayyan dakwa anaknya hilang ketika menaiki tangga di Blok R, kediaman mereka sekitar tengah hari pada 5 Disember

# Keluarga kanak-kanak itu ikhtiar perubatan secara Islam dan adakan solat hajat

- 9 malam: Operasi pencarian oleh penduduk dan polis sekitar Apartment Idaman babitkan 2,482 unit kediaman.

- 10 malam: Mayat Zayn Rayyan ditemukan di anak sungai, 100 meter dari kediaman keluarganya oleh penduduk.

- Lokasi anak sungai tempat mayat Zayn Rayyan ditemui adalah kawasan pencarian yang sudah dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) sebanyak tiga kali.

- Pada mulanya, penemuan mayat Zayn Rayyan diklasifikasikan polis sebagai kematian mengejut (SDR).

7 Disember 2023

- Keluarga Zayn Rayyan masih tunggu laporan bedah siasat

- 5 petang: Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan Zayn Rayyan dibunuh, bedah siasat dapati ada kecederaan pada tubuh badan mangsa.

- Kes diklasifikasi sebagai kes bunuh dan disiasat ikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- Jenazah Zayn Rayyan disemadikan di Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara.

- 6 petang: Lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan ditutup polis yang mula mencari bukti

8 Disember 2023

- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata mangsa dibunuh di lokasi lain sebelum ditinggalkan di anak sungai tempat penemuannya.

10 Disember

- Polis mencari bukti di sebuah stor berhampiran Blok R selain mengambil sampel di kediaman Zayn Rayyan.

- Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, setakat ini sebanyak 48 individu diambil keterangan babitkan ahli keluarga, jiran dan saksi-saksi.

- Sampel DNA diambil daripada 228 penduduk perumahan itu

- Pemeriksaan dibuat terhadap 5,628 penghuni babitkan 2,484 kediaman perumahan itu

13 Disember 2023

- Polis temui sehelai stokin dalam takungan air di anak sungai berhampiran lokasi mayat Zayn Rayyan dijumpai selepas dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor yang menyedut keluar takungan air di lokasi itu.

- Polis tahan tiga individu dipercayai positif dadah di Apartment Damai hasil saringan DNA kes Zayn Rayyan tetapi tidak berkait kes bunuh itu.

14 Disember 2023

- Polis dapat maklumat dua saksi dakwa terlihat Zayn Rayyan di tingkat dua dan tiga Blok R Apartment Idaman, Damansara Damai, kira-kira 5 petang, hari mangsa dilaporkan hilang pada 5 Disember 2023.

- Sebanyak 86 keterangan dan 238 DNA sudah diambil polis setakat ini.

23 Disember 2023

- Bukit Aman minta bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) bagi mendapatkan bantuan dalam semakan pangkalan data berkaitan beberapa maklumat yang diperoleh hasil siasatan kes bunuh Zayn Rayyan.

28 Disember 2023

- Polis mengeluarkan kenyataan tidak menutup siasatan kes bunuh Zayn Rayyan meskipun tiada petunjuk baharu setakat ini

7 Januari 2024

- Polis mengesahkan menerima menerima maklumat Interpol namun secara am.

6 Februari 2024

- Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Selangor tawar ganjaran RM20,000 kepada pihak yang salur maklumat sehingga tertangkapnya pembunuh Zayn Rayyan.

21 Mac 2024

- Polis nafi lambat bertindak dalam siasatan pembunuhan Zayn Rayyan

- Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, tegaskan polis berusaha sejak hari pertama Zayn Rayyan dilaporkan hilang

8 Mei 2024

- Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, tegaskan polis tidak pernah menutup siasatan kes bunuh Zayn Rayyan dan masih menanti petunjuk baharu.

31 Mei 2024

- KP Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, mengesahkan ibubapa Zayn Rayyan ditahan di Puncak Alam, Selangor, pada jam 10 pagi.

1 Jun 2024

- Ibu bapa Zayn Rayyan direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya

Berita Harian X