Jumaat, 31 Mei 2024 | 9:18pm
 Foto fail NSTP
Foto fail NSTP

Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya terganggu

KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) memaklumkan perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya sedang mengalami gangguan akibat masalah sistem komunikasi.'

Katanya, pihaknya sudah mengaktifkan perkhidmatan tren dan bas perantara bagi laluan tren perantara bagi Stesen Kwasa Damansara - Stesen Chan Sow Lin dan bus perantara bagi Stesen Chan Sow Lin - Stesen Putrajaya Sentral.

"Jurutera Rapid Rail sedang giat mengenal pasti punca yang menyebabkan gangguan ini.

"Rapid Rail juga memohon maaf di atas kesulitan yang dihadapi oleh penumpang," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Katanya, orang ramai boleh mendapat perkembangan terkini mengenai status perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya menerusi platform media sosial Rapid KL.

Pengguna yang ingin membatalkan perjalanan boleh mendapatkan kupon perjalanan sehala di kaunter khidmat pelanggan dan perlu digunakan dalam masa lima hari bermula hari ini.

Berita Harian X