Sabtu, 18 Mei 2024 | 3:57pm
Foto hiasan.
Foto hiasan.

7 negeri dijangka dilanda ribut petir, hujan lebat, angin kencang

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda beberapa kawasan di tujuh negeri, termasuk Sarawak dan Sabah sehingga jam 5 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan, memaklumkan kawasan berkenaan adalah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak.

Selain itu, Pasir Puteh di Kelantan; Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun di Terengganu.

Di Pahang, ia diramalkan di tanah ringgi Cameron Highlands dan Rompin, manakala di Johor membabitkan Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Cuaca sama turut diramalkan melanda Kuching, Serian, Samarahan, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Meradong), Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang di Sarawak.

Di Sabah pula, membabitkan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Tongod) dan Kudat (Kota Marudu).

Berita Harian X