Sabtu, 18 Mei 2024 | 12:06pm
Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor pagi ini, untuk solat jenazah dan penghormatan terakhir. - Foto BERNAMA

TERKINI: Jenazah dua korban Serangan Balai Polis Ulu Tiram dibawa ke kampung halaman

JOHOR BAHRU: Jenazah Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said dan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, dibawa pulang ke kampung halaman masing-masing pagi ini, untuk dikebumikan.

Jenazah Allahyarham Konstabel Muhammad Syafiq adalah yang pertama dibawa menaiki van jenazah untuk dibawa pulang ke Gambang, Kuantan, Pahang, kira-kira jam 11.40 pagi tadi.

Ia diikuti Jenazah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi pula diusung pada jam 11.50 pagi untuk dikebumikan di Bidor, Perak.

Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah turut berkenan menyaksikan kedua-dua jenazah diusung ke dalam van.

Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah (depan tiga kiri) berkenan mengaminkan doa untuk jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor hari ini. - Foto BERNAMA

Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani turut hadir mewakili kerajaan negeri.

Terdahulu, Raja Permaisuri Agong tiba di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, kira-kira jam 11.35 pagi tadi.

Baginda hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota polis terkorban dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram.

Semalam, media melaporkan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, di sini, awal pagi Jumaat, mengorbankan dua anggota polis serta suspek penyerang dilakukan anggota kumpulan Jemaah Islamiyah (JI).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, dilaporkan berkata suspek yang berusia 21 tahun yang ditembak mati di tempat kejadian, sememangnya telah merancang dan melakukan serangan untuk mendapatkan senjata api yang disimpan di balai polis berkenaan.

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said tiba di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor pagi ini, untuk solat jenazah dan penghormatan terakhir. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Berita Harian X