Sabtu, 18 Mei 2024 | 11:55am

Permaisuri Agong hadir beri penghormatan kepada dua jenazah anggota polis

JOHOR BAHRU: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, pagi ini.

Baginda hadir bagi memberi penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam serangan berdarah di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam.

Permaisuri Agong yang tiba kira-kira jam 11.35 pagi, turut menyertai tahlil dan doa ringkas sebagai penghormatan terhadap jenazah dua anggota polis.

Hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dan Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar.

Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menitiskan air mata ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani turut hadir mewakili kerajaan negeri.

Terdahulu, kira-kira 500 anggota polis, kenalan dan waris menunaikan solat jenazah dua anggota polis yang terkorban dalam tragedi serangan berdarah Balai Polis Ulu Tiram, pagi ini.

Solat jenazah Allahyarham Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said diadakan di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Johor, bermula jam 10.40 pagi tadi.

Solat jenazah diketuai oleh Imam Daerah Johor Bahru, Mohd Nazri Ali.

Jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, 22, dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said, 24, dibawa ke Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil, Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Johor pagi ini, untuk solat jenazah dan penghormatan terakhir. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar dan Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Berita Harian X