Jumaat, 17 Mei 2024 | 2:32pm
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika melawat anggota yang cedera dan jenazah anggota yang ditembak di Hospital Sultan Ismail, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika melawat anggota yang cedera dan jenazah anggota yang ditembak di Hospital Sultan Ismail, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Bedah siasat mayat dua anggota polis, seorang suspek serangan balai polis sedang dijalankan

JOHOR BAHRU: Proses bedah siasat dua anggota polis dan seorang suspek yang maut dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi, sedang dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini hari ini.

Ketiga-tiga mayat berkenaan tiba di hospital berkenaan kira-kira jam 9 pagi.

Tinjauan BERNAMA mendapati laluan dan pekarangan Jabatan Perubatan Forensik, HSI dikawal ketat anggota polis.

Kenderaan yang membawa jenazah dipercayai jenazah suspek di lokasi kejadian dua anggota polis ditembak di Balai Polis Ulu Tiram, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Kenderaan yang membawa jenazah dipercayai jenazah suspek di lokasi kejadian dua anggota polis ditembak di Balai Polis Ulu Tiram, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Turut kelihatan beberapa waris mangsa.

Sementara itu, seorang lagi anggota yang cedera dalam kejadian berkenaan dihantar ke HSI untuk menerima rawatan.

Dalam kejadian jam 2.45 pagi itu, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis dan suspek berusia lingkungan 30-an manakala seorang lagi anggota pasukan keselamatan itu cedera. – BERNAMA

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (tiga, kiri) diiringi Ketua Polis Johor, M Kumar (dua, kiri), meninjau lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, hari ini. - Foto BERNAMA
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (tiga, kiri) diiringi Ketua Polis Johor, M Kumar (dua, kiri), meninjau lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, hari ini. - Foto BERNAMA

Berita Harian X