Jumaat, 17 Mei 2024 | 1:09pm

TERKINI: Kronologi serangan di Balai Polis Ulu Tiram, dua pelajar IPT turut ditahan

JOHOR BAHRU: Siasatan insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram awal pagi tadi yang mengorbankan dua anggota polis dan suspek mati ditembak, turut membabitkan dua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT).

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, memaklumkan pelajar lelaki berusia 22 tahun dan pelajar perempuan berumur 21 tahun itu ditahan kerana dipercayai ada kaitan dengan serangan terbabit.

"Mereka ditahan untuk siasatan lanjut kaitan dengan serangan itu. Adalah tidak logik untuk melaporkan kes cabul dua tahun lalu pada jam 2.30 pagi.

"Ketika laporan sedang dibuat pula, tiba-tiba balai diserang. Jadi kita akan siasat dengan rapi dua pelajar berkenaan," katanya yang turut memperincikan kronologi serangan jam 2.54 pagi berkenaan.

Lokasi kejadian dua anggota polis ditembak di Balai Polis Ulu Tiram, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Lokasi kejadian dua anggota polis ditembak di Balai Polis Ulu Tiram, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (tiga, kanan) diiringi Ketua Polis Johor, M Kumar (dua, kiri), meninjau lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, hari ini. - Foto BERNAMA
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain (tiga, kanan) diiringi Ketua Polis Johor, M Kumar (dua, kiri), meninjau lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, hari ini. - Foto BERNAMA

● 2.30 pagi: Dua pelajar IPT, lelaki dan perempuan hadir ke balai untuk membuat laporan polis mengenai kes cabul yang sudah berlaku dua tahun lalu.

● 2.35-2.54 pagi: Ketika dua pelajar berkenaan sedang membuat laporan polis, suspek masuk ke kawasan balai dengan motosikal dan terus ke bahagian belakang balai.

● Seorang anggota polis pergi ke bahagian belakang balai untuk memeriksa, tetapi diserang dan ditetak mati oleh suspek. Suspek kemudian merampas senjata api anggota berkenaan.

● Dua anggota polis dimaklumkan mengenai serangan itu bergerak ke belakang balai memeriksa dan berlaku tembak menembak dengan suspek.

● 2.54 pagi: Seorang daripada anggota polis berkenaan maut terkena tembakan pada bahagian pipi yang tembus kepala. Seorang lagi anggota berjaya menembak mati suspek.

Lokasi kejadian dua anggota polis ditembak di Balai Polis Ulu Tiram, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan
Lokasi kejadian dua anggota polis ditembak di Balai Polis Ulu Tiram, Johor. - NSTP/Nur Aisyah Mazalan

● Dua pelajar itu ditahan bagi siasatan lanjut pembabitan mereka dengan serangan itu.

● 6 pagi - polis menyerbu rumah keluarga lelaki berkenaan di Ulu Tiram dan pemeriksaan mendapati ada beberapa maklumat berkait kumpulan JI di kediaman berkenaan. Susulan itu kesemua lima ahli keluarga suspek berusia antara 19 tahun hingga 62 tahun, yang dipercayai anggota serpihan JI ditahan untuk siasatan lanjut.

Siasatan turut babit dua pelajar IPT hadir buat laporan polis kes cabul berlaku 2 tahun lalu sejurus sebelum serangan.
Siasatan turut babit dua pelajar IPT hadir buat laporan polis kes cabul berlaku 2 tahun lalu sejurus sebelum serangan.
Anggota polis forensik memeriksa lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, hari ini. - Foto BERNAMA
Anggota polis forensik memeriksa lokasi kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram, hari ini. - Foto BERNAMA
Berita Harian X