Khamis, 16 Mei 2024 | 3:40pm
Orang ramai yang mengunjungi Van Combi Julie’s Charm berpeluang membeli biskut Charm dengan berat 172 gram pada harga RM6 sahaja.
Orang ramai yang mengunjungi Van Combi Julie’s Charm berpeluang membeli biskut Charm dengan berat 172 gram pada harga RM6 sahaja.

Julie's tampil Kembara Charm

Kuala Lumpur: Mereka yang gemarkan pencuci mulut, tetapi dalam bentuk berlainan seperti biskut, boleh memilih rangkaian produk dari Julie's, iaitu Charm yang dilancarkan tahun lalu.

Sehubungan itu, dalam usaha terus memperkenalkan snek enak itu, Julie's mengadakan Kembara Charm di Lembah Klang selama 12 hari serta masing-masing enam hari di Johor dan Pulau Pinang.

Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang kembara itu berlangsung seperti pemberian sampel Charm, 'Snap & Tag' dan aktiviti jualan.

Dua perisa biskut Charm adalah Double Chocolate dan Tiramisu.
Dua perisa biskut Charm adalah Double Chocolate dan Tiramisu.

Orang ramai berpeluang mendapat pelbagai hadiah menarik menerusi aktiviti 'Snap & Tag' dengan mengunjungi Van Combi Julie's Charm yang digunakan sepanjang kembara di adakan.

Selepas mengambil gambar atau video bersama van berkenaan, perlu memuat naik di sosial media dan tag Julie's Biscuits.

Mereka yang mengikuti langkah berkenaan, akan memenangi serta merta satu hadiah misteri daripada krew.

Orang ramai yang mengunjungi Van Combi Julie's Charm juga berpeluang membeli biskut Charm dengan berat 172 gram pada harga eksklusif, iaitu RM6 sahaja.

Kemewahan dalam snek Charm adalah biskut yang diinspirasikan daripada pencuci mulut lazat, popular dan klasik, menggunakan bahan berkualiti premium.

Dua perisa biskut itu adalah Double Chocolate dan Tiramisu. Double Chocolate adalah biskut berperisa coklat gelap yang akan menjadi kegemaran ramai kerana ia mempunyai tekstur licin, berkrim dan cair di dalam mulut apabila dimakan.

Perisa Tiramisu pula lebih unik dan jarang ditemui dalam bentuk biskut, sekali gus menjadikan ia pilihan menarik untuk mereka yang inginkan kelainan.

Charm sesuai untuk semua peringkat usia kerana ia mudah dimakan dan dibawa ke mana-mana sahaja.

Mereka yang mahukan kemewahan dalam snek sudah semestinya tidak kisah untuk berbelanja lebih bagi mendapatkan snek enak itu.

Selain itu, mereka yang sukakan makanan manis atau sedang berdepan tekanan juga perlu mendapatkan snek unik itu.

Charm juga snek yang sesuai untuk dimakan ketika menonton televisyen atau wayang.

Kajian juga mendapati, amalan memakan coklat baik kerana ia dapat merembeskan hormon endorphin ke dalam otak yang merangsang emosi gembira, sekali gus mengatasi masalah kemurungan secara semula jadi.

Sekali sekala nikmatilah makanan manis, terutama apabila berada dalam keadaan tertekan untuk menstabilkan kembali perasaan.

Mereka yang teringin makan makanan manis juga tidak boleh ketinggalan menikmati keenakan rasa Charm sebagai snek pilihan.

Charm adalah snek boleh dimakan begitu sahaja atau dihidangkan bersama kopi, teh atau sebarang minuman kegemaran.

Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai bahan untuk membuat pencuci mulut seperti kek dan macam-macam lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai Julie's Charm boleh layari laman web Julie's atau mengikuti perkembangan di laman sosial Facebook dan Instagram Julie's.

Berita Harian X