Selasa, 14 Mei 2024 | 11:54am

Tiket percuma kanak-kanak ke Gamuda Cove

KUALA LUMPUR: Bayangkan dapat membawa anak bermain di taman tema secara percuma, sudah tentu ia memberikan keseronokan bukan saja kepada kanak-kanak tetapi ibu bapa yang dapat menjimatkan perbelanjaan.

Kini, anda boleh menikmati tiket percuma untuk kanak-kanak yang diberikan khas untuk pembaca BH oleh GL Play, cabang riadah dan hospitaliti Gamuda Land.

Bemula sekarang sehingga 30 Jun 2024, kanak-kanak akan dapat menyelami keseronokan tarikan utama Gamuda Cove secara percuma termasuk Taman Air SplashMania, Paya Indah Discovery Wetlands dan Discovery Park.

Untuk merebut peluang ini, klik pada pautan di sini untuk menebus baucar digital dan menemani anak anda meneroka keajaiban Gamuda Cove.

Dengan setiap tiket dewasa yang dibeli pada harga penuh ke mana-mana tiga lokasi Gamuda Cove, anda akan mendapat tiket percuma untuk seorang kanak-kanak.

Ini memberikan ibu bapa atau penjaga penjimatan sehingga RM150 setiap anak sambil merasai keseronokan tarikan Gamuda Cove!

Gamuda Cove mempunyai pelbagai keseronokan dengan tiga elemen yang berbeza iaitu menemui alam semula jadi, kembara bersukan dan kegembiraan.

SplashMania, yang dirasmikan pada 2023, menarik minat pencari keseronokan ke taman tema air seluas 18 ekar yang dihiasi dengan 39 tarikan dan gelongsor air.

Disesuaikan untuk pengembara muda, bahagian Mini Mania menawarkan replika gelongsor ikonik termasuk 'Treasure Tower' yang menjulang tinggi.

Untuk mereka yang berani, Discovery Park terletak di kawasan seluas 23 ekar, menawarkan pelbagai aktiviti yang mampu memacu adrenalin, sesuai untuk semua peringkat umur.

Taman Kembara ini menjanjikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, dinobatkan oleh pemandangan panoramik dari Cove Aerobar.

Paya Indah Discovery Wetlands pula adalah kawasan perlindungan seluas 1,111 ekar, mengundang peminat alam semula jadi untuk meneroka keindahan biodiversiti.

Penuh dengan hidupan liar dan keajaiban alam semula jadi, taman alam semula jadi ini menawarkan pelbagai aktiviti, daripada pelayaran bot yang tenang kepada pengembaraan safari yang menggembirakan.

Bagi merebut peluang ini, klik pada pautan di bawah, khas untuk pembaca BH

https://glplay.com.my/promo-lead?utm_source=News&utm_medium=QR&utm_campa... untuk menebus baucar digital dan menemani anak anda meneroka keajaiban Gamuda Cove.

Untuk butiran lanjut dan tempahan tiket, sila layari www.glplay.com.my atau berhubung dengan GL Play di Instagram atau Facebook di @glplay.my.

Berita Harian X