Selasa, 7 Mei 2024 | 5:46pm

Majlis raya Media Prima gamatkan Balai Berita, Sri Pentas

KUALA LUMPUR: Mengambil semangat 'rayakan sebulan', Syawal yang bakal berakhir esok ini ditutup meriah dengan sambutan Majlis Hari Raya Media Prima Berhad (Media Prima) di Balai Berita Bangsar di sini hari ini.

Kira-kira 900 kakitangan di bawah Media Prima hadir memenuhi ruangan 'driveway' selaku venue penganjuran, dengan pelbagai juadah raya disediakan.

Sambutan hari raya warga Media Prima di Sri Pentas. NSTP/ROHANIS SHUKRI

Sambutan hari raya warga MPB di Balai Berita, Bangsar. NSTP/ROHANIS SHUKRI

Majlis turut dimeriahkan persembahan artis terkenal termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ramli Sarip, Ramlah Ram, Elly Mazlein dan Haziq Rosebi.

Siti Nurhaliza turut hadir membuat persembahan sempena sambutan hari raya warga Media Prima di Balai Berita. NSTP/ROHANIS SHUKRI

Kemeriahan turut diselangi persembahan barisan kakitangan Media Prima yang mewakili jabatan masing-masing.

Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman dan Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim turut menyertai persembahan mewakili NSTP.

Sambutan hari raya warga Media Prima di Sri Pentas. NSTP/ROHANIS SHUKRI
Sambutan hari raya warga Media Prima di Sri Pentas. NSTP/ROHANIS SHUKRI

Turut hadir Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali; Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, M Thillinadan; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan Berita dan Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima, Azhari Muhidin dan Pengarang Eksekutif (Kandungan) Harian Metro, Muhamad Safar Ahmad.

Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman turut membuat persembahan sempena sambutan hari raya warga Media Prima di Balai Berita. NSTP/ROHANIS SHUKRI

Perjalanan majlis yang diacarakan personaliti TV3, Ally Iskandar dan Diana tambah ceria dengan cabutan bertuah untuk kakitangan.

Selain Balai Berita Bangsar, kemeriahan turut dirasai apabila majlis sama diadakan pada sebelah pagi untuk meraikan kakitangan Media Prima di Sri Pentas.

Sambutan hari raya warga Media Prima di Sri Pentas. NSTP/ROHANIS SHUKRI
Sambutan hari raya warga Media Prima di Sri Pentas. NSTP/ROHANIS SHUKRI

Sambutan hari raya warga Media Prima di Balai Berita. NSTP/ROHANIS SHUKRI

 Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Rafiq Razali (tengah), Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (enam depan dari kiri) bersama dengan pengurusan kanan MediaPrima bergambar sempena sambutan hari raya warga Media Prima di Balai Berita. NSTP/ROHANIS SHUKRI

Berita Harian X