Selasa, 7 Mei 2024 | 10:36am
Antara pengundi awal yang menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK DUN KKB, hari ini. - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI
Antara pengundi awal yang menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK DUN KKB, hari ini. - NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

PRK KKB: 24 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab setakat jam 9 pagi

HULU SELANGOR: Sebanyak 24 peratus pengundi awal telah menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, setakat jam 9 pagi tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalui akaun Facebook agensi itu.

Hari ini, seramai 863 pengundi awal dijadualkan memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kubu Bharu yang baharu.

Calon PH, Pang Sock Tao meninjau proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) di Dewan Serbaguna Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu. - Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Daripada jumlah itu, 625 adalah anggota polis dan 238 tentera serta pasangan masing-masing yang berdaftar dengan SPR.

Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut meninjau proses pengundian awal sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) di Dewan Serbaguna Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu. - Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

Pada PRK kali ini, proses pengundian awal ditetapkan berlangsung di dua pusat, iaitu Rejimen Semboyan Divisyen Ke-4 Infrantri dan Dewan Serbaguna Maktab Polis Diraja Malaysia, dengan tiga tempat mengundi atau saluran awal.

Kedua-dua pusat mengundi berkenaan dibuka mulai jam 8 pagi sebelum ditutup pada jam 5 petang.

Berita Harian X