Ahad, 5 Mei 2024 | 4:27pm

KUSKOP cadang jalin kerjasama dengan MPB anjur Karnival Jom Heboh

PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) berhasrat menjalin kerjasama dengan Media Prima Berhad (MPB) bagi penganjuran Karnival Jom Heboh (KJH) pada masa depan.

Timbalan Menterinya, Datuk Ramanan Ramakrishnan, berkata cadangan itu akan dibawa ke peringkat kementerian bagi meneliti bantuan yang boleh disalurkan supaya KJH dapat dianjurkan dalam skala lebih besar.

Katanya, KJH dilihat sebagai platform yang mengetengah dan meningkatkan jualan barangan usahawan kecil di negara ini.

Ramanan bersama Syed Hussian, Mohd Efendi dan Ahmad Zaini turut menyampaikan pek makanan nasi kari ayam yang disumbangkan oleh syarikat Baba’s kepada pengunjung Karnival Jom Heboh di Putrajaya. - NSTP/AIZUDDIN SAAD

Beliau berkata, KUSKOP memayungi pelbagai agensi seperti Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM), Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Bank Rakyat yang boleh membantu usahawan kecil mengembangkan perniagaan melalui pembiayaan yang disediakan.

"Tahniah kepada Media Prima kerana sudah 20 tahun menjayakan KJH dan mengetengahkan ramai usahawan sehingga berjaya," katanya kepada pemberita ketika mengunjungi KJH Putrajaya di sini, hari ini.

Disekitar reruai NSTP ketika mengedarkan beras yang diberikan secara percuma kepada pengunjung ketika Karnival Jom Heboh Edisi Raya, Putrajaya. - Foto NSTP/AZIAH AZMEE
Disekitar reruai NSTP ketika mengedarkan beras yang diberikan secara percuma kepada pengunjung ketika Karnival Jom Heboh Edisi Raya, Putrajaya. - Foto NSTP/AZIAH AZMEE

Hadir sama Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia Sdn Bhd, Datuk Efendi Omar; dan Pengarang Urusan Kumpulan NSTP merangkap Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Ramanan turut mengedarkan nasi Kenduri Raya Baba's dan beras percuma tajaan Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) di reruai NSTP.

Ramanan berkata, penganjuran KJH amat berkait rapat dengan KUSKOP kerana memberi peluang kepada usahawan kecil mempromosi perniagaan dan jualan masing-masing.

"Peniaga juga berpeluang menjadi antara penaja bersama KJH bagi mempromosi produk keluaran syarikat mereka.

"Sebagai contoh, produk Baba's yang menaja KJH Putrajaya ini bermula dari syarikat kecil diusahakan pasangan suami isteri di rumah dan kini produk mereka berada di pasaran 30 negara.

"Ini menunjukkan contoh perniagaan kecil yang berjaya menempa nama di peringkat dunia dan wajar dijadikan contoh semua usahawan kecil di negara ini," katanya.

Ramanan bersama Syed Hussian dan Ahmad Zaini beramah mesra dengan pengunjung Reruai NSTP pada Karnival Jom Heboh Edisi Raya di Putrajaya. - NSTP/AIZUDDIN SAAD
Ramanan bersama Syed Hussian dan Ahmad Zaini beramah mesra dengan pengunjung Reruai NSTP pada Karnival Jom Heboh Edisi Raya di Putrajaya. - NSTP/AIZUDDIN SAAD

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R Ramanan (tengah) bersama Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid (sembilan kiri), Ketua Pegawai Operasi Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar (empat kanan) dan Pengarang Urusan Kumpulan, NSTP merangkap Pengarang Kumpulan akhbar Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (tiga kanan). - Foto NSTP/AZIAH AZMEE

Berita Harian X