Sabtu, 4 Mei 2024 | 5:37pm

KJH meriah, reruai NSTP diserbu pengunjung

PUTRAJAYA: Reruai The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) meriah dengan sambutan pengunjung sempena hari kedua penganjuran Karnival Jom Heboh (KJH) Putrajaya Edisi Raya, di sini, hari ini.

Pengarang Urusan Kumpulan, NSTP merangkap Pengarang Kumpulan akhbar Berita Harian, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman berkata, sambutan diterima itu membuktikan sokongan orang ramai terhadap jenama NSTP serta KJH yang dianjurkan oleh Media Prima Berhad (MPB).

Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bersama pegawai tertinggi NSTP . - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman bersama pegawai tertinggi NSTP . - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

"Kita memang menjangkakan sambutan akan ramai pada hari ini dan esok kerana hujung minggu. Malah, kebiasaan KJH memang begitu terutama pada waktu puncak di sebelah petang hingga ke malam.

"Berdasarkan rekod sebelum ini pun, KJH mencatatkan ratusan ribu pengunjung dan kali ini dijangka sama juga. Sedikit sebanyak reruai NSTP juga mendapat sambutan dan memang meriah.

"Ditambah pelbagai barangan atau 'goodies' diberikan secara percuma kepada pengunjung yang singgah terutama kepada mereka yang masuk ke Dinoland," katanya ketika ditemui selepas melancarkan Reruai NSTP hari ini.

 Antara pengunjung yang memasuki Dinoland di reruai NSTP yang mengandungi haiwan replika "dinosaur" sempena Karnival Jom Heboh di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Antara pengunjung yang memasuki Dinoland di reruai NSTP yang mengandungi haiwan replika "dinosaur" sempena Karnival Jom Heboh di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

 Antara pengunjung bergambar sebelum memasuki Dinoland di reruai NSTP. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Antara pengunjung bergambar sebelum memasuki Dinoland di reruai NSTP. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Turut hadir Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Farrah Naz Karim; Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian, M Thillinathan dan Pengarang Eksekutif (Kandungan) Harian Metro, Muhamad Safar Ahmad.

Turut serta Ketua Pegawai Operasi Print Towers Sdn Bhd, Luqman Adrienne; Pengurus Besar Operasi Perniagaan, Sokongan Pemasaran dan Jualan NSTP Aswan Abdul Kadir; Ketua Pegawai Kewangan NSTP, Fadzli Mustapha dan Pengurus Besar Pengedaran Print Towers Sdn Bhd, Prakash Munusamy.

Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman memberikan beras secara percuma kepada pengunjung. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman memberikan beras secara percuma kepada pengunjung. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Dalam pada itu, Ahmad Zaini berkata, tarikan utama di reruai NSTP iaitu Dinoland menawarkan pengalaman baharu dalam terowong dinosaur buat seisi keluarga.

"Ini tahun kedua dan kali keenam kita membawa Dinoland pada edisi KJH. Cuma, berbeza kali ini apabila konsep yang dibawa lebih menghiburkan dan menarik iaitu 'glow in the dark'.

 Maskot dinosaur menarik perhatian pengunjung untuk berkunjung ke reruai Dino Land NSTP pada Karnival Jom Heboh Edisi Raya di Putrajaya. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Maskot dinosaur menarik perhatian pengunjung untuk berkunjung ke reruai Dino Land NSTP pada Karnival Jom Heboh Edisi Raya di Putrajaya. - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

"Macam KJH Putrajaya tahun lalu kita tak bawa Dinoland, tetapi tahun ini kita sediakan. Ia juga atas permintaan orang ramai. Insya-Allah, kita cuba untuk bawa Dinoland ini pada KJH seterusnya," katanya.

Sementara itu, kemeriahan reruai NSTP semalam turut ditambah dengan pengedaran 500 paket beras dan 2,000 roti percuma kepada pengunjung yang turut serta memeriahkan acara pelancaran itu.

Beras terbabit adalah tajaan Padiberas Nasional Bhd (Bernas) antara tawaran istimewa disediakan khas buat pengunjung. Sejumlah 500 paket beras lagi akan diedarkan hari ini pada hari terakhir KJH.

Pengunjung berkumpul ketika majlis perasmian reruai NSTP yang berkonsepkan haiwan replika "dinosaur". - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Pengunjung berkumpul ketika majlis perasmian reruai NSTP yang berkonsepkan haiwan replika "dinosaur". - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Turut ditawarkan cabutan bertuah iaitu pakej penginapan di Hotel Everly Putrajaya dengan anggaran RM7,000.

Antaranya penginapan dua hari satu malam untuk 10 pemenang, 20 pas bufet makan tengah dan 10 pas gimnasium selama enam bulan.

 Orang ramai beratur panjang mengambil pek makanan nasi kari ayam yang dimasak oleh kakitangan Baba's . - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH
Orang ramai beratur panjang mengambil pek makanan nasi kari ayam yang dimasak oleh kakitangan Baba's . - Foto NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Ahmad Zaini meminta pengunjung bersabar sebelum pemberian beras secara percuma kepada pengunjung ketika majlis perasmian reruai NSTP yang berkonsepkan haiwan replika ‘dinosaur’ dan pemberian hampir seribu beras dan roti yang diberi secara percuma sempena Karnival Jom Heboh di Putrajaya. - NSTP/ MOHD FADLI HAMZAH

PUTRAJAYA 04 MEI 2024. Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman memberikan beras secara percuma kepada pengunjung ketika majlis perasmian reruai NSTP yang berkonsepkan haiwan replika "dinosaur" dan pemberian hampir seribu beras dan roti yang diberi secara percuma sempena Karnival Jom Heboh di Putrajaya. NSTP/MOHD FADLI HAMZAH

Berita Harian X