Jumaat, 3 Mei 2024 | 5:41pm
Selangor juga diramalkan hujan dan ribut petir petang ini.
Selangor juga diramalkan hujan dan ribut petir petang ini.

Ramalan hujan lebat di Kedah, Perak malam ini

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal membadai seluruh Perlis, selain beberapa kawasan di sembilan negeri sehingga jam 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu hantaran memaklumkan, cuaca itu diramal di Kedah membabitkan Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Selain itu, katanya, Perak membabitkan Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim; Kelantan (Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang); Terengganu (Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman); dan Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut).

"Selain ibu kota, Selangor turut menerima ramalan cuaca sama iaitu membabitkan kawasan Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat; Johor (Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

"Di Sarawak pula, ramalan hujan lebat dijangka Kuching, Serian, Samarahan dan Limbang (Lawas) manakala Sabah membabitkan kawasan pantai barat termasuk Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau, Tawau (Tawau dan Lahad Datu) dan Sandakan (Kinabatangan), selain Labuan," kata hantaran itu.

Katanya, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mililiter (mm) bagi setiap jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam," katanya

"Amaran ribut petir ialah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.

Orang ramai dinasihati untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Berita Harian X