Sabtu, 27 April 2024 | 7:59am
Sebahagian daripada penyokong dan pemimpin Pakatan Harapan berarak ke Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB. - Foto EIZAIRI SHAMSUDIN
Sebahagian daripada penyokong dan pemimpin Pakatan Harapan berarak ke Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB. - Foto EIZAIRI SHAMSUDIN

PRK KKB: Kempen pilihan raya bermula

HULU SELANGOR: Parti yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu mula berkempen hari ini selepas Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Yuhanas Auree Kamaruddin mengumumkan empat calon yang bertanding termasuk seorang calon Bebas.

PRK DUN Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tempoh berkempen selama 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon yang bertanding esok hingga 11.59 malam, 10 Mei.

Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) bagi PRK Kuala Kubu Bharu adalah sebanyak 40,226 orang terdiri daripada 39,362 pengundi biasa, 625 anggota polis, 238 anggota tentera dan pasangan serta seorang pengundi tidak hadir luar negara.

Calon Kerajaan Perpaduan dari DAP, Pang Sock Tao akan bersaing dengan calon Perikatan Nasional (PN) dari BERSATU, Khairul Azhari Saut, Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hafizah Zainuddin dan Nyau Ke Xin calon Bebas.

Beberapa pemimpin Kerajaan Perpaduan turut hadir bagi memberi sokongan kepada calonnya dari DAP termasuk Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi BN Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim, Menteri Pengangkutan yang juga Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, Pengerusi DAP Selangor merangkap Menteri Digital, Gobind Singh Deo dan Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar.

Calon bebas, Nyau Ke Xie atau dikenali Eris tiba di ke Pusat Penamaan Calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.

Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin, turut kelihatan mengiringi calonnya, Khairul Azhari bersama beberapa pemimpin kanan parti.

Bermula jam 9 pagi tadi, bakal calon daripada parti yang bertanding termasuk calon Bebas boleh menyerahkan borang pencalonan masing-masing dan proses penyerahan kertas penamaan calon akan ditutup sejam selepas itu.

Penyerahan borang pencalonan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) ditutup jam 10 pagi tadi.

Suasana lengang di Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kerling. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Suasana lengang di Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Kerling. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Berita Harian X