Khamis, 25 April 2024 | 5:44pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz (tiga dari kiri, depan), Presiden Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Datuk Seri Isham Ishak (empat dari kanan, depan), sebahagian Ketua Setiausaha Kementerian dan Jawatankuasa Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) pada Townhall Lebaran Aidilfitri PPTD bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya. - Foto NSTP/Aizuddin Saad

PM lihat keperluan tambah wanita dalam jawatan tinggi sektor awam

PUTRAJAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata wujud keperluan menambah bilangan wanita dalam jawatan tinggi seperti ketua setiausaha (KSU) dan ketua pengarah.

Perdana Menteri menjelaskan, ketika ini jumlah pemimpin wanita sedia ada tidak mencerminkan 42 peratus wanita yang berada dalam sektor awam.

"Kalau ditanya, memang tidak cukup dan saya memang ada berbincang dengan KSN (Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali).

"Kita harus cari jalan supaya pimpinan KSU, ketua pengarah itu bertambah (dalam kalangan wanita," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi soal jawab Townhall Persatuan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PPTD) Bersama Perdana Menteri di Pusat Kovensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz dan Presiden PPTD, Datuk Seri Isham Ishak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) bersama ahli Persatuan Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) pada Sesi Townhall Lebaran Aidilfitri PPTD bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini. - Foto BERNAMA

Pemimpin wanita yang menjawat jawatan penting dalam negara termasuk Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat; Ketua Pengarah Kastam, Datuk Anis Rizana Mohd Zainudin@Mohd Zainuddin dan Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi.

Sementara itu, hanya dua wanita yang menjawat jawatan KSU iaitu Datuk Maziah Che Yusoff bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Datuk Seri Suriani Ahmad di Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Menjawab persoalan bagaimana untuk memperbaiki kelemahan dalam kalangan pegawaitadbir dan diplomatik (PTD), Anwar berpendapat wujud ruang yang boleh diperbaiki termasuk dari segi tata kelola.

"Saya tidak lihat ada kelemahan, mungkin ambil masa untuk baiki tata kelola, sebab ada kelemahan tata kelola dari atas ke bawah.

"Kita kena beri penekanan sebab saya banyak pengalaman di penjara dan tidak mahu orang ditangkap sebab rasuah," katanya.

Malah, beliau mahu pemimpin tertinggi penjawat awam seperti KSU dan ketua pengarah memberi mesej jelas kepada pegawai bawahan untuk memastikan tata kelola ketika bertugas.

Berita Harian X