Sabtu, 20 April 2024 | 11:26pm
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah (dua kiri) hari ini berkenan berangkat ke perlumbaan pembuka tirai siri GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang. - Foto ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah (dua kiri) hari ini berkenan berangkat ke perlumbaan pembuka tirai siri GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang. - Foto ihsan FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Raja Permaisuri Agong berangkat saksi perlumbaan GT World Challenge Asia

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan berangkat ke perlumbaan pembuka tirai siri GT World Challenge Asia di Litar Antarabangsa Sepang.

Keberangkatan Seri Paduka Baginda adalah bagi menyaksikan penyertaan paduka anakanda iaitu putera bongsu, Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar Sultan Ibrahim, yang mewakili pasukan JMR Triple Eight.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar malam ini.

Bersama-sama rakan sepasukan Jordan Love, Tunku Abu Bakar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-7 dalam kategori Pro-Am dan ke-10 bagi keseluruhan perlumbaan yang disertai 33 kereta lain.

Turut berangkat Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim; Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim serta Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim dan suami, Datuk Dennis Muhammad Abdullah.

Perlumbaan kedua bakal berlangsung pada 11.30 pagi esok dan akan disiarkan secara langsung di saluran GT World di YouTube.

- BERNAMA

Berita Harian X