Sabtu, 20 April 2024 | 11:23am
Jenazah Tun Hanif Omar dibawa ke Masjid Negara untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan. - Foto NSTP/Genes Gulitah
Jenazah Tun Hanif Omar dibawa ke Masjid Negara untuk disembahyangkan dan akan dikebumikan di Makam Pahlawan. - Foto NSTP/Genes Gulitah

Tun Hanif Omar akan dikebumikan di Makam Pahlawan

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohammed Hanif Omar, akan dikebumikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, di sini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata Allahyarham Mohammed Hanif, 85, yang meninggal dunia pada jam 2.15 pagi tadi akan disembahyangkan di Masjid Negara.

"Jenazah akan disolatkan di Masjid Negara, sebelum disemadikan di Makam Pahlawan," katanya ringkas kepada BH hari ini.

Pada masa ini jenazah yang masih berada di kediamannya di Shah Alam, akan dibawa ke Masjid Negara, dan dijangka tiba tengah hari nanti.

Setakat ini, beberapa pegawai kanan tertinggi turut dilihat berada di perkarangan Masjid Negara selain persediaan persiapan penuh istiadat sedang dijalankan.

Jenazah Tun Haniff Omar tiba di pekarangan Masjid Negara untuk dimandikan. - Foto NSTP/Sadiq Sani
Jenazah Tun Haniff Omar tiba di pekarangan Masjid Negara untuk dimandikan. - Foto NSTP/Sadiq Sani

Berita Harian X