Selasa, 16 April 2024 | 7:48am
Foto hiasan
Foto hiasan

Gangguan elektrik berperingkat di Jenjarom mulai hari ini hingga Khamis

KUALA LANGAT: Sebanyak 30 kawasan di Jenjarom, Banting, di sini akan mengalami gangguan elektrik sementara selama 15 hingga 30 minit secara berperingkat dalam tempoh tiga hari bermula hari ini.

Tenaga Nasional Berhad (TNB) dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, pihaknya akan melaksanakan kerja-kerja Henti Tugas Berjadual di Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Pekan Jenjarom.

"Gangguan bekalan elektrik sementara selama 15 hingga 30 minit secara berperingkat akibat pemasangan dan penanggalan genset.

"Kerja-kerja ini akan bermula jam 10 pagi hingga 10 malam," menurut kenyataan itu.

TNB berkata, antara kawasan yang terbabit adalah Taman Desa, Kampung Baru Sungai Jarom, Taman Yayasan 5, Telok Panglima Garang, Jalan Raja Busu,Taman Makmur dan Jaromas 1,4,5 & 6.

Selain itu adalah Taman Kota, Econsave Jaromas, Simpang Kampung Jenjarom, Sekolah Menengah Jenjarom, Jalan Luhur 18, Jalan Abu Masmo, STP Jaromas, Taman Amanah 3 , Stesen Suis Utama Jaromas, Ang Ken Seng, PDT Jalan Satria 6 & 58, CS Grow Max dan Sin Kim Hin.

Turut terbabit adalah TPG Industri Park 2, Sungai Rambai, Timber Top, No Problem, Peer Mark Properties, MTD Jalan Segenting, Kien Aik Realty Sdn Bhd, Fanta Asli, Taman Bersatu dan Taman Desa Jarum 2.

"Sebarang kesulitan yang dialami pelanggan ketika kerja-kerja henti tugas ini amat dikesali.

"Untuk keselesaan pengguna, kami mencadangkan persediaan awal dapat dilakukan untuk menghadapi gangguan bekalan ini.

"Pihak TNB akan mengambil setiap langkah yang perlu dalam memastikan gangguan bekalan ini berlaku dalam tempoh paling minimum," katanya.

Sebarang pertanyaan, hubungi TNB CareLine di talian 15454 atau private message di Facebook: TNB Careline dan Twitter: @Tenaga_Nasional

Berita Harian X