Khamis, 11 April 2024 | 7:33pm
Beberapa penduduk Palestin melihat sebuah kenderaan yang musnah dalam serangan Israel ke atas Kem al-Shati di barat Gaza City pada Aidiliftri pertama semalam. Tiga anak dan beberapa cucu pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh yang berada dalam kenderaan itu disahkan terbunuh. - Foto AFP

Menteri JPM ucap takziah kepada pemimpin Hamas

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah kepada pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh susulan serangan terbaharu Israel ke atas Palestin sehingga mengorbankan beberapa ahli keluarga pemimpin Islam itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dalam kenyataan berkata pihaknya amat berdukacita dan mengutuk perbuatan Zionis Israel yang tidak berperikemanusiaan itu, tatkala umat Islam menyambut Aidilfitri.

Pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh. - Foto REUTERS
Pemimpin kanan Hamas, Ismail Haniyeh. - Foto REUTERS

"Seperti laporan media, beberapa orang anak dan cucu beliau telah terkorban dalam serangan tersebut...Zionis Israel terus tidak mempedulikan suara dunia yang mengutuk perbuatan zalim mereka.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) merakamkan ucapan takziah kepada Ismail Haniyeh. Semoga beliau terus tabah dengan ujian besar ini.

"Tentunya ia sama sekali tidak melemahkan semangat beliau untuk terus berjuang demi negara Palestin," katanya.

Selain itu, Mohd Na'im turut mengajak rakyat Malaysia terus berdoa kepada rakyat Palestin agar diberi kekuatan dan kesabaran untuk berhadapan dengan Zionis Israel.

"Sesungguhnya doa kita semua amat bermakna tanda kesatuan hati kita semua," katanya dalam kenyataan itu.

- BERNAMA

Berita Harian X