Selasa, 9 April 2024 | 11:17am

Cabutan Siri WOW! Syoknya Raya tawar hadiah keseluruhan bernilai RM100,000

Kuala Lumpur: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM100,000 sempena Cabutan Siri WOW! Syoknya Raya yang berlangsung sehingga 30 April 2024.

Cabutan WOW! Syoknya Raya merupakan cabutan siri daripada kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 yang berlangsung sehingga 31 Disember 2024 yang menawarkan hadiah yang lebih lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai lebih  RM1.3 juta.

Ia berlangsung sehingga 31 Disember 2024 dan terbuka kepada pendeposit sedia ada dan baharu bagi Simpan SSPN Prime dan Simpan SSPN Plus.

Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 terbahagi kepada dua kategori iaitu Cabutan WOW! Tahunan dan Cabutan Siri WOW!

Cabutan WOW! Tahunan menawarkan hadiah lumayan berupa kereta mewah, motosikal dan wang tunai dengan jumlah keseluruhan bernilai lebih RM842,000 untuk dimenangi oleh 78 pemenang.

Manakala, Cabutan Siri WOW! menawarkan peluang untuk menang besar dengan jumlah tunai keseluruhan RM500,000 untuk dimenangi oleh 905 pemenang.

Cabutan Siri WOW! pula terbahagi kepada lima kategori yang berlangsung sepanjang tahun iaitu Cabutan WOW! Gong Xi Ang Pow, Cabutan Siri WOW! Syoknya Raya, Cabutan WOW! Kasih, Cabutan WOW! Merdeka dan Cabutan WOW! Superhero.

Pendeposit juga boleh menggandakan cabutan sehingga 10 kali ganda di mana pendeposit hanya perlu muat turun dan log masuk aplikasi myPTPTN, buka akaun atau buat penambahan simpanan di Simpan SSPN melalui myPTPTN, potongan gaji atau debit terus.

Saksikan video raya PTPTN bertajuk Seriuslaahhhh! untuk melihat manfaat yang ditawarkan melalui Simpan SSPN dan bagaimana ia mampu mengubah masa depan.

Muat turun aplikasi myPTPTN hari ini atau layari laman web PTPTN untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024.



Berita Harian X