Isnin, 8 April 2024 | 11:05pm
The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia menawarkan promosi hebat bagi meraikan lebaran. Foto - The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia
The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia menawarkan promosi hebat bagi meraikan lebaran. Foto - The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia

Menu baru The Coffee Bean & Tea Leaf® sempena lebaran

Bulan Ramadan adalah bulan yang penuh dengan keberkatan, pahala berlipat kali ganda jika melakukan amal ibadah.

Bulan ini juga kebanyakan keluarga akan berkumpul untuk berbuka puasa bersama.

Sedar akan situasi ini, The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia ingin menjemput anda semua untuk mencuba menu baru mereka bagi meraikan Ramadan dan Raya tahun ini.

Ia diinspirasikan daripada citarasa dan warisan budaya tempatan yang akan menggamit memori serta mencipta kenangan indah yang sukar untuk dilupakan. 

Istimewanya kali ini, The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia membawakan promosi istimewa 'Ramadan Dessert Special' yang mana anda berpeluang menikmati pemanis mulut secara percuma dengan pembelian dua minuman.

Jangan lepaskan peluang menikmati promosi Ramadan dengan berbuka puasa bersama yang tersayang di The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia. Sah sehingga akhir Ramadan.

Promosi Raya Istimewa!

The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia turut menawarkan promosi Raya Istimewa khas buat anda bermula Raya pertama hingga 14 April 2024.

Dengan setiap pembelian mana-mana 'Ice Blended' di The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia, anda berpeluang menikmati diskaun sehingga 50 peratus bagi pembelian minuman kedua.

Jadi jangan lepaskan peluang menikmati promosi Ramadan dengan berbuka puasa bersama yang tersayang di The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia. Sah sehingga akhir Ramadan.

Raya lebih bermakna dengan The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia.

Beli tiga percuma satu!

Bermula 23 Mac hingga akhir Ramadan jam 5 petang, nikmati promosi hebat beli tiga mana-mana minuman, percuma satu minuman di The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia.

Caranya mudah, anda hanya perlu mempamerkan kod promosi yang boleh didapati di laman sosial media mereka ketika membuat pembayaran.

Promosi ini tidak terpakai untuk transaksi dalam talian dan setiap minuman harus bersaiz 12oz saiz atau ke bawah.

Minuman pilihan seperti 'Raya Spiced Latte' (panas atau sejuk) dan 'Chai Latte' tidak boleh digunakan sebagai pilihan untuk minuman percuma.

Pilihan kopi bermusim

Rasai keunikan perisa minuman buatan tangan The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia yang pastinya akan memikat selera anda, disamping menikmati pelbagai pilihan pemanis mulut yang menarik.

Antara minuman bermusim yang wajib anda cuba adalah, Raya Spiced Latte' (panas atau sejuk) (kecil RM16.50, biasa RM17.50) dan untuk pencinta teh, anda boleh mencuba, 'Chai Latte ' (panas  atau sejuk) (kecil RM14.60, biasa RM15.60).

Kesemua minuman ini boleh dinikmati sesuai mengikut selera anda.

Juadah berbuka puasa, citarasa tempatan

Bukan itu saja, anda juga boleh menikmati juadah tradisi Malaysia seperti 'Mee Siam' Spaghetti, hidangan mee klasik yang dimodenkan ataupun Kapitan Pizza dengan sos kapitan yang kaya dengan rempah-ratus unik.

Namun begitu, apa ertinya berbuka puasa tanpa pemanis mulut, The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia juga ada memperkenalkan beberapa menu pemanis mulut yang wajib anda cuba sempena Ramadan dan Raya tahun ini.

Pemanis mulut istimewa

Jangan lepaskan peluang untuk menikmati 'Butterscotch Swirl'.

Selain itu, The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia memperkenalkan kek yang diinspirasikan daripada warisan budaya kita iaitu 'The Cendol', kek yang penuh dengan lapisan santan, kacang merah manis dan jeli cendol.

Seterusnya, 'Pineapple Tart' yang dibuat daripada buah nenas sebenar, dicampur pula dengan kacang tanah hancur serta kepingan badam yang rangup. Rangup di luar lembut  di dalam!

Akhir sekali, nikmatilah kek pandan tradisional gula Melaka yang kaya dengan krim dan keju mascarpone, 'The Straits' yang sering menjadi pilihan pertama dan digemari oleh rakyat Malaysia.

Nikmati kesemua hidangan pemanis mulut bermusim kesemua dengan promosi 'Ramadan Dessert Special' sah sehingga hujung bulan Ramadan.

Dengan setiap pembelian mana-mana dua minuman buatan tangan, anda juga boleh  menikmati satu pemanis mulut secara percuma.

Semarakkan musim lebaran ini dengan citarasa warisan Malaysia di The Coffee Bean & Tea Leaf®️ Malaysia.

Klik sini untuk maklumat yang lebih lanjut.

*Tertakluk terma dan syarat dan selagi stok masih ada.

Berita Harian X