Ahad, 7 April 2024 | 12:47pm
FOTO hiasan.
FOTO hiasan.

Ramalan ribut petir, hujan lebat, angin kencang

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan perairan Sarawak Barat, Sabah Timur dan Lahad Datu sehingga jam 2 petang ini.

Dalam kenyataan di laman webnya, agensi berkenaan memaklumkan, jangkaan itu adalah untuk perairan Malaysia dalam lingkungan 24 batu nautika.

Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer/jam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

Sementara itu, untuk perkapalan, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di kawasan perairan Selat Melaka Selatan, Selatan Reef North, Reef North dan Sulawesi yang dijangkakan sehingga 2 petang ini.

"Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer/jam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil," katanya.

Orang ramai boleh merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Berita Harian X