Khamis, 4 April 2024 | 5:17pm
Sukarelawan Media Prima Berhad dan myNEWS bergotong-royong mengecat dan membersihkan rumah kebajikan untuk pesara tentera di Wisma Veteran, Paya Jaras. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Sukarelawan Media Prima Berhad dan myNEWS bergotong-royong mengecat dan membersihkan rumah kebajikan untuk pesara tentera di Wisma Veteran, Paya Jaras. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

MPB, myNEWS santuni warga emas, sentuh era nostalgia sambut Aidilfitri

SUNGAI BULOH: Media Prima Berhad (MPB) dengan kerjasama myNEWS melancarkan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) bertemakan 'Geng Ori X Jom Ronda' dengan slogan nostalgik 'Rara macam dulu-dulu',

Kempen bertujuan mengembalikan kenangan terindah sambutan Aidilfitri bagi golongan warga emas di Pusat Jagaan Husna Arrashid (Wisma Veteran) di sini.

Pengurus Besar Jabatan Pemasaran Kumpulan MPB, Junisa Jaafar Sidek, berkata kempen itu berkisar mengenai usaha mendekati mereka yang melalui era nostalgia tradisi sambutan Aidilfitri pada masa lalu.

Pengurus Besar Kumpulan Bahagian Pemasaran Media Prima Berhad, Junisa Jaafar Sidek. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Pengurus Besar Kumpulan Bahagian Pemasaran Media Prima Berhad, Junisa Jaafar Sidek. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Sukarelawan MPB dan myNEWS membersihkan rumah kebajikan pesara tentera di Wisma Veteran, Paya Jaras. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Sukarelawan MPB dan myNEWS membersihkan rumah kebajikan pesara tentera di Wisma Veteran, Paya Jaras. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

"Kita mahu mengembalikan sambutan dan kegembiraan dalam kalangan warga emas.

"Ia juga bagi mengingatkan masyarakat bahawa Aidilfitri bukan sekadar untuk bersuka ria tetapi juga mengingati asal usul terutama ibu bapa kita," katanya.

Ketua Pegawai Pentadbiran myNEWS, Jaime Lim. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
Ketua Pegawai Pentadbiran myNEWS, Jaime Lim. - NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN

Sementara itu, Ketua Pegawai Pentadbiran myNEWS, Jaimie Lim, berkata kempen itu membuka peluang syarikat menyertai kerja kemasyarakatan.

"Kita boleh lakukan ini aktiviti CSR semasa Ramadan dengan lebih kerap dan kerjasama dengan MPB membuka ruang itu.

"Kita ingin terus membantu mereka yang memerlukan," katanya.

Sebelum ini, MyNEWS bekerjasama dengan MPB dalam kempen menyumbangkan makanan terutama hidangan khas mereka, Maru Bakes.

Kempen 'Geng Ori X Jom Ronda' merangkumi pelbagai aktiviti bagi menyemarakkan semangat golongan warga emas.

Sukarelawan turut terbabit melukis dinding, mencuci lantai dan menghias premis menjelang sambutan Aidilfitri minggu depan.

Seperkara yang menarik perhatian menerusi kempen itu ialah acara rewang, yang mana sukarelawan dan penduduk bersama memasak dan berkongsi makanan bagi mewujudkan jalinan persahabatan.

Penyelia Wisma Veteran, Noelin Adam, menghargai usaha kumpulan sukarelawan dalam program itu.

"Saya sangat bangga dan bersyukur, malah ini kali pertama syarikat besar datang membantu kami di sini,

"Acara ini benar-benar membantu kami dan mengurangkan beban yang ada," katanya.

Kempen itu dilaksanakan di lapan lokasi di seluruh negara dengan Sungai Buloh menjadi lokasi ketujuh manakala lokasi terakhir ialah di Ampang, esok.

Berita Harian X