Rabu, 3 April 2024 | 10:02am
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CSA Academy, Dr Jay Ong bersama duta CSA Akademi, Datuk Jalaluddin Hassan (kiri), Ziana Zain dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor (kanan).
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CSA Academy, Dr Jay Ong bersama duta CSA Akademi, Datuk Jalaluddin Hassan (kiri), Ziana Zain dan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor (kanan).

CSA Academy bantu bimbing urus kewangan mantap

Ramai dalam kalangan masyarakat membuat pinjaman atau berhutang, sama ada pinjaman peribadi, perumahan, sewa beli kenderaan atau pun hutang kad kredit.

Tidak bersalah berhutang, namun kegagalan menguruskan kewangan untuk melunaskan hutang boleh mengheret individu kepada kemuflisan.

Justeru, kegagalan untuk menguruskan kewangan hingga mendatangkan beban dan tekanan adalah perkara yang perlu ditangani bagi mengelakkan diri terjerumus dalam situasi yang lebih teruk.

Kad kredit umpamanya adalah antara medium yang boleh menyebabkan seseorang mudah terperangkap dalam masalah kewangan sekiranya tidak bijak untuk menguruskannya. Berbelanja selagi boleh, namun culas untuk membayar semula.

Rata-rata mereka yang terperangkap ini kebiasaannya memang memerlukan khidmat nasihat daripada pakar, cara untuk membebaskan diri daripada tekanan masalah kewangan.

Antara yang menawarkan khidmat itu ialah CSA Academy iaitu platfom tersedia untuk individu meluahkan segala masalah berkaitan kewangan dan bersedia menjadi pendengar serta pembimbing pada setiap masa.

Penubuhan akademi ini juga adalah untuk menjadi pembimbing kewangan rakyat bagi memastikan kehidupan bebas hutang dan hidup lebih terjamin.

Malah, kerap kali masyarakat disogokkan dengan kisah individu yang asalnya hidupnya serba mewah tetapi akhirnya diselubungi dengan masalah kewangan sehingga diisytiharkan muflis.

Elak timbul masalah lain. Gagal untuk mencari jalan penyelesaian, tidak mustahil individu itu boleh melakukan perkara di luar akal fikiran dan mungkin boleh menambahkan lagi tekanan serta masalah lain.

Oleh itu tidak dinafikan memang ada kelompok masyarakat yang berhadapan situasi ini, jadi bagi mereka yang memerlukan bantuan, CSA Academy akan bertindak sebagai pusat pengurusan kewangan yang merangkumi semua aspek membabitkan kewangan.

CSA Wira Award Night 2024.

CSA Academy akan membantu dari sudut pendidikan kewangan, perancangan kewangan isi rumah, analisis kewangan dan program bebas hutang, yang mana ini adalah perkara utama perlu diambil berat.

Bagi memastikan matlamat CSA Academy ini tercapai, akademi ini turut melantik duta berkaliber yang boleh membantu tip dan cara menguruskan kewangan dengan bijak iaitu selebiriti, Datuk Jalaluddin Hassan, angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan penyanyi, Ziana Zain.

Pastinya, semua duta ini mempunyai pengalaman hebat dalam menguruskan kewangan dan mereka juga akan bertindak untuk berkongsi misi yang sama iaitu menyokong kehidupan bebas hutang dan gaya hidup yang selesa.

Sejak CSA Academy ini ditubuhkan, ia sudah membantu lebih 1,200 keluarga yang terdiri daripada kakitangan kerajaan sejak tahun 2018 melalui Program Bebas Hutang yang dilaksanakannya .

Umum mengetahui, pendapatan penjawat awam terutama kumpulan pelaksana mahupun pegawai pada peringkat bawahan adalah rendah berbanding kos sara hidup yang perlu ditanggung.

Hal ini membuatkan kebanyakan mereka tidak dapat menyimpan, malah hanya cukup makan menjelang pertengahan bulan.

Faktor kebergantungan terhadap kemudahan disediakan kerajaan seperti kuarters, kesihatan dan sebagainya juga menjadikan mereka berbelanja tanpa perancangan kerana tiada komitmen berkaitan pemilikan rumah dan kos lain seperti penyelenggaraan, cukai dan sebagainya.

Menjelang umur persaraan, sebilangan daripada penjawat awam masih mempunyai komitmen hutang yang tinggi sehingga menyukarkan mereka untuk menyimpan mahupun membuat pinjaman perumahan.

Buat keputusan lebih cekap Justeru Program Bebas Hutang khas untuk penjawat awam ini dilaksanakan kembali bagi menyediakan kumpulan ini dengan pengetahuan membuat keputusan kewangan yang sudah bermula ini dan diberikan secara percuma saja.

Syarat bagi mereka yang ingin menyertai ialah bekerja sebagai penjawat awam atau bekerja sebagai kakitangan syarikat yang disenaraikan dan berusia 21 hingga 50 tahun dengan gaji RM4,000 ke atas.

Usaha itu juga selari dengan matlamat CSA Academy iaitu ingin membantu sekurang-kurangnya 150 orang bebas daripada kemelut kewangan pada setiap tahun dan menjadi akademi pilihan utama dengan 3,000 ahli menjelang tahun 2025 melalui penyampaian ilmu pengetahuan kewangan yang berkesan.

Sementara itu, pada bulan Ramadan ini, setiap orang pasti akan melalui keadaan kewangan yang tersendiri, sama ada perbelanjaan diperuntukkan adalah terhad atau sebaliknya.

Bagaimanapun, berbelanja dengan berhemah adalah kunci utama untuk elak pembaziran dan pada masa sama membantu merancang kewangan keluarga dengan baik.

Sekiranya terdapat sedikit lebihan dalam kewangan, amat disarankan untuk melakukan pelaburan dengan bersedekah mengikut kemampuan kerana setiap sumbangan diberikan pasti akan dilipat gandakan ganjarannya.

Selain itu, mengajar anak untuk mengelola kewangan dengan bijak dan menerangkan keperluan yang utama adalah penting supaya mereka tahu menguruskan kewangan sendiri pada masa hadapan.

Zakat juga antara perkara wajib dilakukan pada bulan Ramadan ini kerana dengan membersihkan diri daripada harta yang bukan milik kita, adalah penting untuk keberkatan dalam kehidupan.

Tidak salah juga jadikan zakat sebagai amal yang membawa berkah dan kedamaian dalam kehidupan, dan sekiranya memerlukan panduan, setiap orang boleh mendapatkan bantuan daripada jurulatih kewangan untuk mencapai matlamat sesuai dengan ajaran agama.

Bagi yang ingin mendapatkan khidmat nasihat daripada CSA Academy, boleh layari laman web CSA Academy atau hubungi 017-4818011.

Berita Harian X