Sabtu, 30 March 2024 | 9:39am

LBS tawar jongkong emas kepada pembeli rumah sempena raya

Sempena raya, LBS Bina Group Berhad (LBS) mempromosikan Rumah Baru, Rezeki Baru, Hujan Emas Raya Ini serta hadiah bernilai sehingga RM600,000 kepada pembeli rumah berpotensi sempena kempen "Emas Bling-Bling Bersama LBS!".

Kempen "Emas Bling-Bling Bersama LBS" bertujuan memacu jualan rumah musim raya dengan menarik pembeli rumah dengan pemberian jongkong emas,  di samping pelbagai insentif menarik menanti bermula 1 April hingga 31 Mei 2024.

Hadiah tertakluk pada terma dan syarat. Gambar untuk tujuan ilustrasi sahaja.

LBS bukan sahaja menawarkan rumah serta emas, malah ganjaran hebat kepada pembeli rumah impian dengan memberikan manfaat insentif yang tiada tandingan.

Antara insentif menarik yang ditawarkan kempen ini ialah pakej kelengkapan berperabot yang mampu menjimatkan masa serta tenaga bakal pembeli untuk membelinya secara berasingan. 

Selain itu, LBS juga menawarkan ganjaran kesetiaan 'LBS Perks & Plusses' yang merupakan satu insentif daripada syarikat LBS bagi memastikan kepuasan pembeli ke peringkat maksima.

Ganjaran kesetiaan yang dimaksudkan boleh datang dalam pelbagai bentuk termasuk potongan harga, mata, akses eksklusif faedah khas dan lain-lain.

LBS turut menawarkan pengecualian yuran guaman, yuran keluar dan mengenakan bayaran tempahan yang rendah serta skim bayaran fleksibel kepada pembeli rumah sepanjang tempoh kempen dijalankan. 

LBS Bina Group Berhad adalah pemaju hartanah terkenal yang berorientasikan komuniti sesuai bagi mereka yang berkeinginan untuk berhubung dengan masyarakat seiring memiliki rumah yang selesa dan menarik. 

Buat anda yang sedang mencari rumah baru untuk diri sendiri atau keluarga, sertai kempen Emas Bling-Bling Bersama LBS!.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai kempen Emas Bling-Bling Bersama LBS!, layari laman web LBS Bina Group 

Berita Harian X