Khamis, 28 March 2024 | 10:01pm
QGB tiada dalam senarai amaran pelaburan oleh SC.
QGB tiada dalam senarai amaran pelaburan oleh SC.

QGB tiada dalam senarai amaran pelaburan SC

KUALA LUMPUR: Merujuk kepada komen dalam media sosial Berita Harian (BH) berhubung berita bertajuk QGB dijangka raih RM5 bilion hasil lombong bijih besi, harta tanah, berikut kenyataan rasmi Qew Group Bhd kepada BH.

Berkenaan isu tular baru-baru ini, Qew Group Berhad (QGB) telah menyerahkan beberapa dokumen kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) susulan penyenaraian ahli perniagaan Mahadi Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadi BZ dalam senarai amaran pelaburan oleh SC.

Ketua Pegawai Eksekutif QGB, Muhammad Iqbal Mohamad, berkata dokumen-dokumen yang berkaitan telah diserahkan kepada pihak SC.

Pihak QGB juga tiada dalam senarai amaran pelaburan oleh SC dan beliau secara sukarela hadir bertemu pegawai SC, walaupun tidak diminta berbuat demikian.

QGB tidak lagi terlibat dalam sebarang aktiviti dengan individu tersebut.

Berita Harian X