Khamis, 28 March 2024 | 5:45pm

IOI City Mall Putrajaya tutup kerana gangguan elektrik

KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya terpaksa ditutup hari ini susulan gangguan bekalan elektrik sejak pagi tadi.

Pusat beli-belah berkenaan dalam kenyataan di media sosial memaklumkan pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenal pasti beberapa kerosakan yang menyebabkan masalah itu.

"Bagaimanapun, TNB tidak dapat memberi jaminan tempoh masa bekalan kuasa dapat dipulihkan akibat kerosakan berkenaan.

"Justeru itu, demi kepentingan semua penyewa dan pelanggan, pusat beli-belah ini tidak akan beroperasi hari ini.

Pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya terpaksa ditutup hari ini susulan gangguan bekalan elektrik sejak pagi tadi.
Pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya terpaksa ditutup hari ini susulan gangguan bekalan elektrik sejak pagi tadi.

"Ia bagi membolehkan TNB mempunyai lebih masa untuk menjalankan kerja-kerja baik pulih," katanya.

Terdahulu, IOI City Mall memaklumkan pihaknya berdepan masalah bekalan elektrik yang terputus menyebabkan premis berkenaan ditutup sejak pagi tadi.

Menurut kenyataan awal pusat beli-belah itu, bekalan elektrik dijangka pulih antara jam 1 tengah hari hingga 5 petang ini.

Bagaimanapun, bekalan elektrik masih belum berjaya dipulihkan walaupun kerja-kerja baik pulih giat dijalankan oleh TNB sejak pagi tadi.

Pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya terpaksa ditutup hari ini susulan gangguan bekalan elektrik sejak pagi tadi.
Pusat beli-belah IOI City Mall, Putrajaya terpaksa ditutup hari ini susulan gangguan bekalan elektrik sejak pagi tadi.
Berita Harian X