Rabu, 27 March 2024 | 11:10pm

KTMB sumbang juadah berbuka puasa kepada petugas NSTP

KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) hari ini menzahirkan penghargaan dengan menyumbangkan pek makanan untuk berbuka puasa kepada kakitangan The New Straits Times Press (M) Berhad.

Sumbangan agihan juadah berbuka itu adalah sebagai tanda penghargaan KTMB terhadap petugas media yang banyak membantu, terutama dalam menghebahkan program anjuran KTMB kepada masyarakat.

Sumbangan disampaikan oleh Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob kepada Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press Berhad (NSTP) merangkap Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman di Balai Berita Bangsar, di sini, hari ini.

Turut serta, Pengurus Kanan Jabatan Komunikasi Strategik KTMB, Noor Shahdiella Abd Manan; Pengurus Komunikasi Korporat KTMB, Nurul Asyura; Pengarang Kumpulan NST, Farrah Naz Karim; Timbalan Pengarang Kumpulan BH, M Thillinadan dan Editor Eksekutif Harian Metro, Muhammad Safar.

Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press Malaysia Berhad (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (empat dari kanan) menerima sumbangan juadah berbuka puasa daripada Ketua Pegawai Korporat KTMB, Suhaimi Yaacob (tiga dari kiri) sempena kunjungan KTMB ke NSTP di Balai Berita Bangsar hari ini. Turut hadir, Pengarang Kumpulan NST, Farrah Naz Karim (tiga dari kiri), Timbalan Pengarang Kumpulan BH, M Thillinadan (dua dari kiri) dan Editor Eksekutif Harian Metro, Muhammad Safar (kiri). - Foto NSTP/RAIHANA MANSOR

Berita Harian X