Selasa, 26 March 2024 | 10:40am
Ibu perlu mengutamakan ikatan kekeluargaan dan menikmati setiap momen berharga bersama berbanding tekanan persiapan sahur. - FOTO iStock
Ibu perlu mengutamakan ikatan kekeluargaan dan menikmati setiap momen berharga bersama berbanding tekanan persiapan sahur. - FOTO iStock

Pengorbanan ibu untuk keluarga sepanjang Ramadan

BULAN mulia ini adalah masa yang terbaik untuk bermuhasabah, melakukan amal kebaikan, meluangkan masa dan merapatkan silaturahim bersama keluarga tersayang.

Tiada yang lebih bermakna daripada berkongsi perjalanan puasa ketika sahur bersama keluarga tercinta kerana detik bersama di meja sahur adalah titik-titik emosi yang menyatukan setiap individu dalam kasih sayang dan kebersamaan.

Bagi para ibu, perjalanan Ramadan membawa tugas dan tanggungjawab yang besar dalam memastikan perjalanan puasa ahli keluarganya berjalan lancar terutamanya ketika waktu sahur.

Hal ini kerana waktu sahur boleh menjadi satu tempoh yang sangat memenatkan buat para ibu kerana mereka bergelut dengan pelbagai persiapan untuk menyediakan hidangan sahur buat seisi keluarga.

Persiapan sahur memerlukan ibu-ibu untuk bangun seawal jam tiga mahupun empat pagi dan keadaan ini menyebabkan kebanyakan mereka mengorbankan waktu tidur dan kesejahteraan diri mereka demi mendahulukan keluarga untuk memberi sahur yang terbaik dan sempurna.

Walaupun menyediakan hidangan sahur yang berkhasiat dan lazat penting untuk seisi keluarga, ibu-ibu perlu mengutamakan ikatan kekeluargaan dan menikmati setiap momen berharga bersama berbanding tekanan persiapan sahur.

Ini kerana mereka juga berhak menikmati saat-saat bermakna bersama orang tersayang tanpa dibebani oleh kebimbangan yang tidak diperlukan.

Raikan ibu dengan chef peribadi

Memahami situasi ini, jenama nombor satu di Malaysia, Tropicana Twister, tampil meringankan tekanan ibu-ibu Malaysia dalam menyediakan hidangan bersahur di bulan Ramadan terutama apabila badan individu memerlukan sokongan tambahan.

Padat dengan nutrien penting vitamin C yang menyokong sistem imun, Tropicana Twister ingin ibu-ibu memulakan hari mereka dengan penuh optimis untuk menghadapi tuntutan di bulan puasa penuh mencabar ini.

Sempena Ramadan ini, tunjukkan penghargaan buat ibu anda dengan menyertai peraduan 'Kasih Ibu Penyempurna Sahurku' dengan Tropicana Twister.

Ia menawarkan peluang kepada pemenang untuk memenangi kehadiran chef yang akan menyediakan hidangan sahur yang sihat, berkhasiat dan lazat supaya ibu boleh menikmati saat sahur bersama seisi keluarga.

Berikut beberapa langkah mudah untuk menyertai peraduan ini:

  1. Layari https://www.hotfm.audio/sahurdengantropicanatwister
  2. Jawab satu soalan mudah berkenaan Tropicana Twister
  3. Kongsi kisah menyentuh hati mengapa anda mahu hadiahkan masa berehat kepada ibu di waktu sahur
  4. Isikan maklumat yang diperlukan

Selain lawatan chef ke rumah, enam pemenang hadiah utama yang terpilih juga bakal menerima sebuah dapur pintar Thermomix.

Sementara itu, banyak lagi hadiah menarik yang boleh dimenangi secara percuma seperti sejadah Siti Khadijah dan juga baucar makanan bernilai RM100.

Hantarkan penyertaan anda sekarang hingga 9 April dan jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan 'Kasih Ibu Penyempurna Sahurku' dengan Tropicana Twister. Jadikan sahur lebih istimewa untuk wanita terpenting dalam hidup anda.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.hotfm.audio/sahurdengantropicanatwister.

Berita Harian X