Sabtu, 23 March 2024 | 1:06pm
Tunku Mahkota Ismail berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, hari ini. - Foto NSTP/Ihsan RPO
Tunku Mahkota Ismail berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, hari ini. - Foto NSTP/Ihsan RPO

Pemangku Sultan Johor berangkat ke majlis doa kesyukuran, kurniaan darjah

JOHOR BAHRU: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran dan Majlis Kurniaan Darjah Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor, hari ini.

Majlis berkenaan diadakan di Balai Mengadap, Istana Bukit Serene, pagi tadi.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli dan Setiausaha Kerajaan Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

@bharianmy Pemangku Sultan Johor berangkat ke majlis doa kesyukuran, kurniaan darjah #BeritaDiTiktok ♬ original sound - Berita Harian

Mendahului senarai penerima darjah ialah Datuk Dennis Muhammad Abdullah, suami kepada Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim, yang dikurniakan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Pertama Dato' Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), yang membawa gelaran Datuk.

Tiga individu dianugerahkan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Kedua Dato' Mulia Sultan Ibrahim Johor (DMIJ) yang juga membawa gelaran Datuk.

Mereka adalah Juruterbang Peribadi Sultan Johor, Mejar (B) Datuk Roslee Mardofee; Panglima 7 Briged, Brigedier Jeneral Datuk Mohamad Suria Mohamad Saad dan Pengurus Besar Mados's Sdn Bhd, Datuk Ong Eng Leong.

Tiga orang Pegawai Daerah pula dikurniakan Darjah Sultan Ibrahim Johor Yang Amat Disanjungi Pangkat Ketiga Setia Mulia Sultan Ibrahim Johor (SIJ), iaitu Pegawai Daerah Segamat, Mohd Masni Wakiman; Pegawai Daerah Kulai, Fizwan Mohd Rashidi dan Pegawai Daerah Tangkak, Mohd Farid Kassim.

Berita Harian X