Jumaat, 22 March 2024 | 4:17pm

Serlahkan pagi Syawal dengan lebih 300 rekaan daripada Bata

Ketibaan Ramadan sentiasa membawa suasana keterujaan dalam proses pemantapan rohani buat umat Islam di seluruh dunia.

Masjid dan surau riuh dengan pelbagai aktiviti keagamaan, alunan bacaan ayat suci bergema di setiap kediaman, selain masyarakat Muslim yang turut berkumpul untuk berkongsi rezeki dan hidangan berbuka puasa.

Namun, di sebalik tumpuan kepada puasa, solat dan muhasabah diri, umat Islam juga pastinya sibuk melakukan persiapan bagi menyambut kedatangan Syawal.

Memahami keselesaan adalah kunci utama ketika beraya terutama apabila bertandang ke rumah saudara mara, menghadiri rumah terbuka, atau sekadar meraikan di rumah, Bata tampil dengan koleksi baharu yang direka bagi mengutamakan gaya dan keselesaan.

Membawakan lebih 300 rekaan gaya terkini, koleksi raya menjanjikan sesuatu untuk semua orang termasuk kasut, beg tangan dan aksesori bagi menyerlahkan penampilan di hari lebaran.

Selain selesa dan trendy, pelanggan juga boleh menikmati tawaran hebat di kedai fizikal yang berlangsung sehingga 14 April 2024.

Berikut promosi yang ditawarkan di Bata seluruh Malaysia:

  • Baucar RM50 untuk perbelanjaan minimum RM199
  • Baucar RM25 untuk perbelanjaan minimum RM149
  • Sampul raya percuma dengan perbelanjaan RM199 (sementara stok masih ada)

Selain itu, pelanggan juga boleh menikmati promosi eksklusif dalam talian dan penghantaran percuma untuk perbelanjaan minimum RM50.

Kunjungi kedai Bata di seluruh negara atau layari http://www.bata.com/my dan terokai koleksi raya Bata.

Sambutlah Syawal kali ini dengan penuh bergaya dan selesa bersama Bata!

Berita Harian X